Saturday, December 25, 2010

Rindu pada tempat itu

Saya sangat rindu pada tempat itu.

DARUL QURAN.

Tempat yang penuh dengan ketenangan.

Tempat yang pernah mendidik diriku.

Tersimpan banyak memori.

Ukhuwah, tarbiyah.


Rindunya pada masjid DQ!

Pada tasik DQ.

Pada biahnya.

Membaca kalam-kalamNYA.

Subhanallah.

Rindu pada sahabat-sahabat dan adikberadik usrah saya.

Bila lagi saya dapat ke sana?

Sesungguhnya tempat kerehatan bagi orang-orang mukmin itu hanyalah syurga Allah!

Thursday, October 28, 2010

Salam Sayyidul Ayyam

Alhamdulillah, hari yang cukup damai..

sejuk2 yang mendamaikan..

Allah masih memberikan nikmat yang terbesar kepada kita iaitu nikmat iman dan Islam..


Sebulan di bumi Mansurah!

Masa yang begitu cepat berlalu.

Kuliah yang makin padat.

Cuti hanya pada hari Jumaat.

Dan tahun 2 yang makin mencabar!

Subhanallah.

tapi yang best..bond chemistry batch 2nd year kami makin terasa.

alhamdulillah.berukhuwwah kerana Allah.

alangkah indahnya! insyaAllah.

walaubagaimanapun, sesibuk mana pn kita sebabagi seorang pelajar perubatan, jangan kita lupakan tanggungjawab lain yang telah diamanahkan oleh Allah.

Sbg contoh kita juga hamba Allah yang ada hak yang perlu ditunaikan.

Seorang anak. Seorang kakak atau adik. seorang sahabat. seorang ahli beyt. seorang mahasiswa. dan sebagainya.

Selamat beristirehat ^_^


video sharing=)

Friday, August 6, 2010

Hari Ini

Salam alaik..

alhamdulillah syukur lillah..

rasenye dah semakin berhabuk blog ni nampaknya=)

huhu

ntahlah kenape susah sangat nak mengupdate blog ni, tak tahulah

peringatan untuk diri yang makin hari makin ntah =_=


takirah hari ini~~

Abi Hurairah radiyAllahu’anhu meriwayatkan bahawa Rasulu’llah telah bersabda: “Baharukanlah iman kalian. Rasulullah ditanya: Bagaimana kami mahu memperbaharui iman kami. Beliau menjawab: Banyakkanlah menyebut; Lailaha illallah..


Nasihat Dr A'idh Al-Qarni

"Manusia itu hanya memiliki satu umur. Jika ia menyia-nyiakannya, maka ia merugi segalanya. Rugi dunia dan akhirat. ...Oleh kerana itu, jika anda berdosa, kerana dikalahkan syaitan & hawa nafsu, JANGANLAH BERPUTUS ASA. Sebab, pintu TAUBAT selalu terbuka, kurnia Allah selalu diberikan, dan nikmat Allah sentiasa dianugerahkan di pagi dan petang hari." - Dipetik dari buku "Jangan Berputus Asa"

teringat nasihat yang biasa ust salman selalu sebut

"kalau kita inginkan dunia, kita akan rugi di akhirat. kalau kita inginkan akhirat, kita akan rugi sedikit di dunia. maka pilihlah yang kekal abadi"

Ya Allah, janganlah Engkau serahkan urusan kami kepada kami walau sesaat, kerana sesungguhnya kami tidak mampu untuk menguruskannya.....

inzar utama untuk diri sendiri..

jika teman-teman ada juga merasakan apa yang ana rasakan ini, marilah sama2 kita mencari sesuatu di dalam diri kita yang dapat menjadi kekuatan supaya kita tidak terus dihanyutkan dan dikalahkan oleh nikmat sihat dan masa lapang..

wallahu'alam.

notes :

harini main ngan syahid n nurin
semalam daifan
penat~~~~
^.^

Sunday, May 30, 2010

Nur Malam



Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Alloh yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat


p/s : thanx anje tuk nasyid ni!

salam ingatan untuk Marjan hanani..

juga utk Jauharatul Musfirah..

forget me not!

huhu..=_=

Saturday, May 29, 2010

Apa Ertiku Menuntut Ilmu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

sumber : iluvislam.com

Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;

"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya,
tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."


Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi,
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba,
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa,
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat,
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita,
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga,
Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja,
Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri,
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah,
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah,
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah,
Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah,
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya,

Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,

"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi,
walau kebanyakan akan jadi surirumah,
tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti,
seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya,
yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui"
(QS 39 : 9)


Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya,
Bagaimana dengan diri anda, mengapa wanita selalu lebih banyak,
Terutama di peringkat IPT, ada yang kata dunia nak kiamat,
Ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical,
Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja,
Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian,
kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama,
diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya,

Tidakkah dirimu nampak kurang matang,
kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu,
tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya,
mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan,
orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai,
bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui,

Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,

"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."

khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah.
Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada
Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada
Allah tiada kebaikannya sama sekali"

Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh,
Satu persoalan yang sering bermain di fikiran,
Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya??
InsyaAllah inilah jawapannya.

Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya,
Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah
dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya,
maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat.
Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.

Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga,
Pengikhlasan niat hanya pada-Nya,
Atleast 5 kali ikrar diulang setiap hari,
semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
(QS 6 : 162
)

dimana kita selama ini, ilmu apa yang kita tuntut,
jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai,

Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua,

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya,
Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Jangan kita berfikiran sempit,
mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai,
tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi,
seperti sains dan astronomi,
tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Illahi,
ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki,
menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi,
kepada Tuhan Rabbul 'Izzati.

Tuesday, May 11, 2010

Selamat Studi ^__^



“Ya Allah, ajarkanlah kami bahawa belajar ini bukan untuk sesiapa tetapi hanya keranaMu..

Belajar ini bukan untuk diri, bahkan untuk seluruh umat RasulMu..

Belajar ini bukan untuk saat ini bahkan untuk sepanjang zamanMu..

Ajarkanlah kami apa-apa yang kami tidak tahu tentang ilmuMu..

Ingatkanlah kami apa yang kami lupa tentangMu..

Redhailah setiap langkah kami kerana kepadaMulah kami akan kembali..”


Amen..

Amen Ya Rabb..

Selamat Studi ^,^

Wednesday, May 5, 2010

Mengubati Kesedihan Hati

Pernahkah jiwa anda sedih?? resah??

Setiap manusia ada rasa sedih. Itu adalah fitrah kejadian manusia. tetapi, ramai manusia yang salah mencari ubat ketika sedih. Ketika dia sedih, dia menyalahkan taqdir, ketika dia sedih dia menungkit-ungkit kisah lama "kalaulah aku tahu, aku tak akan pergi dengan dia"

Ketika dia sedih dia marah-marah. Semua ini tidak akan membuatkan hati terubat. Ini kerana Allah tidak menjadikan perkara sia-sia ubat bagi hati.

Allah yang menjadikan kesedihan sudah tentu Allah juga yang mempunyai ubat kesedihan ini. Jadi, apa ubatnya?

Saya ingin bawakan satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibu Majah " Dari Abu Ishak bin Harith dari Ali R.A dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah S.A.W, sebaik-baik ubat adalah al-Quran".

Quran diturunkan untuk rahmat bagi sekelian manusia. Di dalamnya ada bermacam-macam kelebihan termasuklah ubat bagi hati.

Benarkah membaca al-Quran itu menjadikan hati yang sedih berubah menjadi tenang?

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

mukjizat yang tidak ada tolak bandingnya, bahkan ia juga sebagai ubat bagi mengubati hati yang berpenyakit. Dengan kita melazimi membacanya dan mentadabbur apa yang terkandung di dalamnya, akan memperolehi ketenangan hati yang akan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai mengingati Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ketahuilah, dengan mengingati Allah itu, hati akan tenang”.

Begitu juga dengan mengosongkan perut dari terlalu kenyang akan mengubati segala penyakit yang tersemat dihati kerana dengannya hati akan beroleh kerehatan dan meringankan untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT serta menjauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Barangsiapa yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya. Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan keraslah hatinya”.

Sabda Rasulullah SAW lagi: “ janganlah kamu matikan hati kamu dengan membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”.

Seterusnya, diantara ubat bagi mengubati hati ialah dengan sentiasa bagun malam beribadat kepada Allah SWT kerana dengannya akan menjauhkan diri kita dari tipu daya syaitan dan menjauhkan dari melakukan dosa serta mendapat keredhoan dari Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa mengingati ummatnya: “ hendaklah kamu bangun malam ( beribadat ) walaupun hanya mengerjakan satu rakaat sembahyang ”.

Oleh itu, bagi memastikan hati kita dalam keadaan sentiasa bersih dari segala penyakit, hendaklah kita melazimi dengan membanyakan beribadat kepada Allah disepertiga malam kerana waktu itulah Allah SWT turun ke langit dunia bagi melihat siapa diantara hambanya yang berjaga malam, beribadat kepadanya.

Begitu juga, hati akan terubat dari segala penyakit dengan sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh. Ini akan menyebabkan sedikit sebanyak akan terikut dengan tingkah laku, perbuatan dan percakapan mereka yang sentiasa mengingati Allah SWT. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: “ Berkata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, wahai anakku, sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama ( orang-orang yang soleh ) dan dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah SWT akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat ”.

Berkata seorang hukama’ : “ Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sebuah kebun di atas dunia ini, barangsiapa yang masuk ke dalamnya maka bahagialah hidupnya. Kemudian ditanya padanya: “apakah kebun itu?, lantas dijawab bahawa kebun itu adalah majlis-majlis ilmu ( mengingati Allah ).

Begitulah di antara penawar-penawar yang digariskan oleh ulama bagi mengubati hati-hati kita dari segala penyakit yang menyebabkan gerak geri yang dipertontonkan oleh kita melencong ke arah kemurkaan Allah SWT. Mudah - mudahan kita digolongkan dikalangan hamba-hambanya yang sentiasa dalam keadaan hati bersih dari segala penyakit-penyakit yang menyebabkan kita lalai mengingati Allah SWT.

Membaca al-Quran di antara cara merapatkan diri dengan Allah. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Allah berfirman,

Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia
Surah ar-Ra’du ayat 28

Oleh yang demikian, jika kita bersedih, ambil al-Quran dan bacalah. Kita akan dilimpahi dengan ketenangan dan inysallah, Allah akan memberikan jalan keluar bagi segala permasalahan kita.


If you want to talk to Allah Ta'ala, then perform prayer.
If you want Allah to talk to you, the recite the Al-Qur'an.

Jika kamu mahu berbicara dengan Allah Ta'ala, tunaikanlah solat.
Jika kamu mahu Allah Ta'ala berbicara dengan kamu, bacalah Al-Qur'an.


notes :

tazkirah from : iluvislam.com

maaf, xdapat nk buat entry sendiri..
(final exam menjelang)

tp at least jiwa kita tidak kosong dengan pengisian rohani..

insyaAllah..


Friday, April 30, 2010

Bismillahirahmanirahim..

Menyahut seruan kempen 'Lifeline 4 Gaza' di Mansurah ini..

perkongsian melalui ceramah 'Malam Dengari Sendu Gaza 2'yang berlangsung semalam..


وَأَوْرَثْنَا الْقَوْمَ الَّذِينَ كَانُواْ يُسْتَضْعَفُونَ مَشَارِقَ الأَرْضِ وَمَغَارِبَهَا الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا وَتَمَّتْ كَلِمَتُ
رَبِّكَ الْحُسْنَى عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ بِمَا صَبَرُواْ وَدَمَّرْنَا مَا كَانَ يَصْنَعُ فِرْعَوْنُ وَقَوْمُهُ وَمَا كَانُواْ يَعْرِشُونَ

Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya. Dan telah sempurnalah perkataan Tuhanmu yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israil disebabkan kesabaran mereka. Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Fir'aun dan kaumnya dan apa yang telah dibangun mereka.

Al-A'raf : 137

وَنَجَّيْنَاهُ وَلُوطاً إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا لِلْعَالَمِينَ

Dan Kami seIamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia.

Al-Anbiya' : 71

وَلِسُلَيْمَانَ الرِّيحَ عَاصِفَةً تَجْرِي بِأَمْرِهِ إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا وَكُنَّا بِكُلِّ شَيْءٍ عَالِمِينَ

Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu.

Al-Anbiya' : 81

Bumi Palestin..bumi yang diberkati.


Sedikit data yang dapat dicatat semalam..

jumlah tahanan umat Islam di tahanan penjara Israel semenjak 1967 adalah 50 000 orang.

jumlah sekarang adalah 7500 orang.

330 orang merupakan tahanan bawah umur. (insan kecil yang ingin mengekspresikan kemarahan mereka menjadi mangsa)

37 orang dikalangan wanita.

14 orang di kalangan wakil-wakil rakyat.

dan ramai lagi tahanan yang dijemput Ilahi di dalam pelbagai keadaan.
ade yang sakit tetapi tidak diubati, yang sengaja dibunuh tanpa bersebab dan sebagainya.

moga mereka syahid fi sabilillah..insyaAllah..

dan banyak peperangan yang berlaku (mungkin boleh kaji lagi)

konklusinya..

1) kene bantu mereka
2) kene ambik peduli pasal mereka..saudara seIslam
~sifat tidak ambil peduli tentang saudara seIslam yang lain merupakan salah satu sifat orang menafik.
3) kenapa kita lemah? sentiasa diserang?
~kerana kita sendiri sesama umat Islam tiada kesatuan.


Wallahu'alam.

Wednesday, April 28, 2010

Palestin..



























notes:

hanya gambar yang berbicara..

peritnya melihat kanak2 tersebut..

Lifeline 4 Gaza!

http://gelombangummah.blogspot.com

insyaAllah..

"berjuanglah anda dengan buku n ilmu..sesungguhnya kami di sini berjuang dengan darah dan peluru" -kanak2 Palestin.

AllhuAkbar!

Tuesday, April 20, 2010

Pujuklah Hatimu dengan penghayatan Asma Allah...

MENGUATKAN JIWA DENGAN BANTUAN YA AZIZ, YA QAWWIY, YA MATIN & YA BA'ITS

Ya Allah Ya Aziz yang Maha Perkasa, Ya Qawwiy yang Maha Kuat dan Ya Matin Ya Maha Teguh dan sempurna KekuatanMu, tiada yang lebih perkasa dan kuat melainkan Engkau Ya Allah. Diriku ini hanyalah hamba kepadaMu Ya Kholiq dan kerana itulah diri ini sentiasa merasa lemah dan tidak berdaya. HambaMu ini memohon kepadaMu Ya Aziz, Ya Qawwiy dan Ya Matin kekuatan jiwa untukku hadapi segala rintangan dan ujian hidup ini kerana dengan kekuatanMu sahajalah daku dapat mengatasi segala masalah dan kesulitan dalam hidup ini. Ya Allah Ya Ba'its Yang Maha Membakar Semangat, bakarkanlah semangatku untuk terus berusaha bagi menghadapi segala rintangan dan ujian. HambaMu ini sedar Ya Allah, engkau ingin menjadikan daku umpama berlian yang sangat bernilai dan berharga. Sesungguhnya Ya Allah daku sedar yang berlian itu dicipta dengan penuh tekanan yang amat dahsyat dan memakan masa yang lama sehingga terjadinya berlian yang sangat cantik dan berharga. Daku sedar proses tekanan dan ujian ini daku mesti lalui kerana Engkau Ya Rahman Ya Rahim ingin menaikkan martabatku hampir kepadaMu dan ianya mesti dilalui oleh setiap manusia yang hebat. daku yakin Engkau Ya Aziz tentu akan menguatkanku dan membangkitkan semangatku. Engkau Ya Wahhab Ya Maha Pemberi, Ya Mujib yang Maha mengkabulkan, kabulkanlah permintaan hambaMu yang dhaif dan lemah ini.


MENYERAHKAN DIRI KEPADA YA BAARI' UNTUK DIATURKAN AGENDA HIDUP


Ya Allah Ta Baari', sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengatur Urusan manusia dan mengatur agenda makhlukMu. Aturan dan agendaMu Maha Hebat, tiada tolok bandingannya. HambaMu ini sedar yang daku hanya seorang hamba yang tidak mampu mengatur urusan dan agenda. Agendaku sering silap dan mempunyai pelbagai kelemahan. Oleh itu Ya Allah Ya Baari', hambaMu ini menyerahkan seluruh jiwa dan ragaku kepadaMu untuk Engkau aturkan dan aku rela mengikut agendaMu Ya Baari'. Perintahkanlah apa sahaja untukku lakukan, daku berazam untuk mengorbankan apa sahaja yang ada pada diriku ini demi mengikut perintahMu. Ya Allah Ya Haadi yang Maha Memberi Petunjuk, setelah Engaku aturkan agenda hidupku, berikan daku petunjuk apa yang harus daku lakukan bagi mengikuti agendaMu. Bantulah daku dengan kekuatanMu Ya Aziz, Ya qawwiy, Ya Matin agar daku merasa kuat dan bakarkanlah semangatku Ya Ba'its agar daku tidak merasa penat dan sentiasa bersemangat. Bantulah daku Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid dengan ilmuMu agar daku mampu melaksanakan sesuatu agendaMu dengan penuh berilmu, berhimah dan cerdas.Bukalah juga bagiku segala pintu kemudahan dengan sifat Ya FatahMu, bantulah daku dengan sedikit rezekiMu Ya Razaq, kekayaanMu Ya Ghaniy dan sifat memberi kekayaan Ya Mughniy agar daku mampu melaksanakan semua tugas yang Engkau berikan dengan sebaik mungkin. Dan Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, sucikanlah jiwaku ini dari sebarang penyakit dari bisikan syaitan dan kecintaan kepada dunia dan manusia kerana ianya pasti akan mengganggu tugas yang sedang daku jalankan.



Wallahu'alam.

Kata-kata ini dipetik dari sebuah buku, BICARA HATI (DOA) DENGAN ALLAH YA SAMI' MELALUI PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA hasil tulisan Prof Madya Wan Maseri bt Wan Mohd, merupakan salah seorang pensyarah di Universiti Malaysia Pahang.

Thursday, April 15, 2010

Salam alaik..

alhamdulillah..
exam post midterm baru berakhir semalam..
20 minit tuk 1 paper ;D
ngeehee~

papepon, belom pulih dari kelelahan akan disambung dengan kelelahan..
insyaAllah bersemangat..
exam pactikal (final) is coming soon..
juz around d corner too..
it will be on 24th April..
pray 4 us..

untuk masa yang masih berbaki..
pakat2 g museum anatomy study jar( *ade mayat yang dikerat2 )
pakat2 tengok slide histology..
pakat2 stat ngafal :)

insyaAllah masih ade mase..
so teruskan berusaha..
n bertawakal..
(spt tajuk TAWAKAL yang sebelum ni.. ;D )

n d last but not least..

teringat ayat yang doc Mos'ab bace mase tutorial anat..

سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quraan itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?


Surah Fussilat : 53

subhanallah..

thanx doc..
(ni mase blaja anatomy)

salam mujahadah..
study leklok nnti nk balik Mesia..
insyaAllah.. =p

strive 4 Islam!

Thursday, April 8, 2010

TAWAKAL...

Bismillah wal alhamdulillah..

kunci yang ke-2 drpda kunci2 rezeki.

iaitu TAWAKAL !

kalau sbelum ini, kunci yang pertama iaitu TAQWA.

TAWAKAL ialah hati yang benar2 berpegang dalam setiap urusan hanya kepada Allah taala.

Tawakal juga merupakan pelepas kepada kesedihan.

Perlunya ada tawakal pada setiap perkara kerana ianya disukai ( berpegang teguh pada Allah)

contoh keadaan :

dalam pelajaran, fatrah exam..
~baru studi sikit - tawakal pada Allah
~dah studi banyak - InsyaAllah (macam dah yakin)

ni merupakan konsep yang salah

persediaan itu sememangnya perlu n samada sudah bersedia / tidak ~ kita perlu bertawakal!

BERTAWAKAL ~ anatara sifat ahli syurga yang tidak perlu dihisab.

golongan 70 000 manusia yang tidak perlu dihisab
~orang yang tidak berjampi
~orang yang tidak minta untuk dijampi
~orang yang tidak berfikiran sial
~orang yang bertawakal pada Allah

"sesungguhnya, Aku mengikut sangkaan hambaku"


kita xboleh yakin dengan usaha kita~~tapi perlulah yakin hanya semata-mata kerana Allah!


notes :

sempena fatrah exam, jom kita sama2 cube untuk menerapkan sifat BERTAWAKAL ini dengan menggunakan konsep yang sebenarnya.

n bertawakal dalam semua perkara.

InsyaAllah.

Maat taufiq wan najah!



Thursday, April 1, 2010

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W.




Firman Allah :
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.
Al-Ahzab : 56

Sabda Rasulullah :
‘Siapa berselawat kepadaku dari umatku untuknya ditulis sepuluh kebaikan’.

Riwayat Umar r.a.
Apabila mendengar kematian Rasulullah, beliau menangis dan berkata ,

Demi ayahku, demi ibuku ya Rasulullah..
Sesungguhnya kelebihanmu di sisi Tuhanmu.
Ketaatan kepadamu merupakan ketaatan kepada Allah..

Firman Allah :
وَيَقُولُونَ طَاعَةٌ فَإِذَا بَرَزُواْ مِنْ عِندِكَ بَيَّتَ طَآئِفَةٌ مِّنْهُمْ غَيْرَ الَّذِي تَقُولُ وَاللّهُ يَكْتُبُ مَا يُبَيِّتُونَ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ وَكَفَى بِاللّهِ وَكِيلاً
Dan mereka (orang-orang munafik) mengatakan : "(Kewajiban kami hanyalah) ta'at". Tetapi apabila mereka telah pergi dari sisimu, sebahagian dari mereka mengatur siasat di malam hari (mengambil keputusan) lain dari yang telah mereka katakan tadi. Allah menulis siasat yang mereka atur di malam hari itu, maka berpalinglah kamu dari mereka dan tawakallah kepada Allah. Cukuplah Allah menjadi Pelindung.
An-Nisa’ : 80

Demi ayahku, demi ibuku ya Rasulullah..sesungguhnya kelebihanmu,

Firman Allah :
عَفَا اللّهُ عَنكَ لِمَ أَذِنتَ لَهُمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكَ الَّذِينَ صَدَقُواْ وَتَعْلَمَ الْكَاذِبِينَ
Semoga Allah memaafkanmu. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang), sebelum jelas bagimu orang-orang yang benar (dalam keuzurannya) dan sebelum kamu ketahui orang-orang yang berdusta?
At-Taubah : 43

Demi ayahku, demi ibuku Ya Rasulullah..
Sesungguhnya kelebihanmu menyebabkan ahli-ahli neraka bercita-cita untuk berada di dunia dan taat kepadamu.
Mereka berkata :
يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا
Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andaikata kami ta'at kepada Allah dan ta'at (pula) kepada Rasul".
Al-Ahzab : 66

Demi ayahku, demi ibuku Ya Rasulullah..
Jika Nabi Musa, Allah bagi batu di mana terpancut air dari batu tersebut tetapi tidak ada yang lebih mengkagumkan dari jari-jemarimu yang yang mana keluar air darinya setelah engkau celup di dalam 1 bekas.( boleh beri minum lebih 80 orang)

Demi ayahku, demi ibuku Ya Rasulullah..
Jika Nabi Sulaiman, Allah bagi angin datang sebulan, pergi sebulan, tetapi tidak ada yang lebih mengkagumkan engkau naik buru’ untuk naik ke langit dan pada malam yang sama engkau dapat solat Subuh di Mekah (pada hari yang sama).

Demi ayahku, demi ibuku Ya Rasulullah..
Sekiranya Isa diberi kelebihan menghidupkan orang mati, tetapi lebih mengkagumkan..seekor kambing yang diberi racun oleh seorang wanita Yahudi, dapat bercakap denganmu sedangkan dia(kambing tadi) telah dipanggang..’ janganlah makan aku, sesungguhnya aku telah diracun’.

Demi ayahku, demi ibuku Ya Rasulullah..
Sesungguhnya walaupun dalam umurmu yang pendek (63 tahun) tetapi pengikutmu ramai sedangkan Nuh umur panjang (950 tahun) tetapi sedikit pengikut.

Sesungguhnya engkau hanya memakai pakaian dari kulit kambing, hanya menunggang himar dan sanggup orang duduk di belakang engkau dan sanggup meletakkan makanan di atas lantai ( tidak mempunyai meja )…begitulah tawadu’nya Rasulullah.

Subhanallah..hebatnya engkau wahai Rasulullah!


dari pengajian Kitab Mauizzah, Madarasah Imam Nawawi.. =)

Thursday, March 25, 2010

Nilaian dunia

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah wa syukur lillah..

Salam Sayyidul Ayyam..

NILAIAN DUNIA

Manusia ini hanya mempunyai 2 kesudahan iaitu antara kesudahan yang baik ataupn kesudahan yang buruk.

Tidak mungkin akan ada yang mempunyai kesudahan yang dipertengahan.
Allah telah menjadikan kepada kita SYURGA atau NERAKA.

So….
Berbuat baiklah sepanjang masa.

Konsistenkan amalan kerana kita tidak tahu apakah kesudahan kita nanti.

Semoga dikurniakan kesudahan yang baik.


‘sesngguhnya ada seorang manusia yang beramal dengan amalan syurga & terlampau hampir dengan syurga..tetapi ketetapan bahawa dia bukanlah ahli syurga..maka di akhir penghidupannya, dia melakukan amalan neraka….nauzubillah’
Begitulah juga sebaliknya jika ketetapan seseorang itu adalah syurga.
Subhanallah!


أَفَأَمِنُواْ مَكْرَ اللّهِ فَلاَ يَأْمَنُ مَكْرَ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ

Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman dan azab Allah kecuali orang-orang yang merugi.
Al-A'raf : 99

Kita mestilah bekerja untuk mendapatkan syurga~ tidak boleh sekadar berserah semata.

Jadikan kebaikan sebagai 1 keseronokan.

insyaAllah.

Kerana bukanlah kekayaan itu menunjukkan kelebihan selamanya.

DUNIA ~ tidak ade nilainya di sisi Allah.
Saidina Ali
‘ Demi Allah, dunia yang kamu duduk ini lebih hina sari kulit-kulit babi yang berpenyakit kusta’


Nilaian dunia adalah semua yang akan musnah.

Apa yang kekal adalah apa yang Allah janjikan syurga dan pahala.


Kunci pertama daripada 20 kunci rezeki.

TAQWA.

~hendakalah bertaqwa kepada Allah ketika sembunyi & terang-terangan.

Manusia mudah untuk bertaqwa dalam keadaan terang-terangan tetapi amat payah untuk bertaqwa dalam keadaan sembunyi (ketika bersendirian).

Tanda-tanda ikhlas- sama amalan ketika sembunyi & terang-terangan.

Alhamdulillah, ini antara apa input yang dapat dikongsikan ketika mengikuti program Fiqh Perubatan & 20 kunci rezeki oleh ustaz yang tidak asing lagi di Mansurah ni..iaitu Ustaz Salman Maskuri..

Semoga sama dapat mengambil inzar.

Terutama sekali kepada empunya diri.

Sesunggunhya dialah orang petama yang akan diuji atas kata-katanya.
Huhu..

Wallahu’allam.

Thursday, March 18, 2010

Sabarlah Hati..

Bismilahirahmanirahim...

wahai insan,


tenanglah dalam mengharungi ujian darinNya ini..
kerana anda sedang berurusan dengan Zat yang berkuasa atas urusanNya..
yang Maha bijaksana atas hambaNya..
yang Maha Pengasih tehadap makhlukNya..
dan yang Maha Indah dalam segala pengaturanNya..

tenanglah..
kerana akhir dari perjalanan itu ialah kebaikan..
hasilnya adalah kesenangan..
dan penutupnya adalah kemuliaan..
insyaAllah..

YAKINLAH,
Allah tidak pernah menzalimi hambaNya..
setiap apa yang berlaku DiA bukan lakukan dengan sia-sia..
melainkan ada tujuan dan hikmahnya..

banyakkan istighfar & selawat..
moga kita tidak menjadi penghalang kepada tersebarnya Deen..
semoga dengan setiap ujian yang diterima..
hub kita denganNya lebih erat & darjat kita disisiNya lebih tinggi.
ameen..

Allah Maha Mengetahui :)


notes :-

mesti pelik kan?
kenapa tetiba macam post sedih..
xpelah sekadar perkongsian hati setiap insan dengan sahabat sekalian..

sedikit post untuk jadual sekarang~

skg dah dalam sem 2..
n kat kuliah doktor seme tgh ngajar nk habiskan topik..
bulan depan exm assesment n start exm final!
n exm n exm n exm..
subhanallah..
n insyaAllah ade rezeki pastu nak balik mesia~
kelas tutorial oleh doktor gamaah..
tuisyen..
kelas tafaqquh (sayang sgt kalau xpergi)
n 2 hari yang lepas menghantar kepulangan LIYA kat airport Cairo tuk balik Mesia..
huhu (ni memang part yang sgt sedih)
kuat2 yer bebudak yt!
n sebelum liya balik..
n gathering seme budak yt 1st year medik (kalau x, xdenye..huhu)
n ape lagi yer?
emm n tugas2 lain sebagai seoarang manusia yang penuh dengan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah..
(Quran jangan lupa)
~amanah sampai mati (pesanan us.jihadi~huhu ingat lagi)

selamat berjuang dalila n kawan2!
chaiyok2!!
semoga same2 sukses!
nak balik Malaysia kan?
nak3....
huhu

akhir kalam..

salam mujahadah buat semua sahabat walau di mana sahaja anda berada!

May ALLAh bless u all :p

insyaAllah..

Saturday, March 6, 2010

Aku Cinta ALLAH




~jom menghayati lirik lagu ni :)


Aku sayang ALLAh...
Aku rindu ALLAH...
Aku cinta ALLAH........

Friday, March 5, 2010

Purifying your Soul..

Assalamualaikum..

In the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful ^,^

Alhamdulillah..

diatas segala nikmat yang Allah masih berikan kepada kita..

nikmat iman dan Islam..

nikmat kesihatan..

nikmat berkasih sayang.....alhamdulillah..

hari ini, bersempena dengan SC Mega yang dianjurkan oleh UPI Mansurah tadi kat dewan banat..
tergeraklah ana untuk berkongsi sedikit isi2 ceramah pada pagi tadi.. =)
supaya ianya menjadi inzar untuk kita bersama..insyaAllah..

ceramah atau tazkirah pertama pagi tadi adalah Tazkiyatu Nafs

iaitu kesucian hati..

kerana sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di anatara kamu..

semoga kita tergolong juga..insyaAllah

ustz juga ade pesan modal kita yang ade sekarang adalah MASA.

mksudnya kita kenelah guna mase itu sebaiknya.
agar kita tidak menjadi orang2 yang rugi.

bak kata Imam Hasan Al-Banna,

alwajibatu aksaru minal auqoot..'kewajipan itu lebih banyak daripada masa'

=(

itulah hakikatnya..
jadi kita kenelah berusaha untuk menguruskan masa dengan baik..

insyaAllah..

then, ade lagi..

sesungguhnya bila seseorg anak Adam itu tidur, terdapat 3 ikatan syaitan di kepala anak Adam tersebut..

so, macamane nak bukak?

1. berdoa bile bangun tidur
2. berwudu'
3. solat sunat 2 rakaat

bila terbuka semua ikatan insyaAllah kita akan menjadi orang yang cergas pada hari tersebut..

ok, sekarang nak masuk sket pasal mensucikan hati..

sebab2 hati mati oleh Imam Hasan Al-Basri.

1. sengaja berbuat dosa walaupun tahu ianya dosa
2. mengajarkan ilmu tetapi tidak mengamalkannya
3. amalan yang tidak ikhlas
4. makan makanan & rezeki Allah tetapi tidak bersyukur
5. tidak pernah puas dengan harta & nikmat yang Allah berikan
6. mengikuti pengebumian jenazah tetapi tidak mengambil pengajaran

emm, xikhlas..?
kenapa x ikhlas..kalau x ikhlas maksudnya buat sesuatu bukan kerana Allah..
abis tu..??
huhu

then nk cite sket..adakah kita RIYA'

apa itu riya'

iaitu melakukan sesuatu amalan kerana manusia dan meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia...

subhanallah..

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيراً مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Al-A'raf :179

antara cara nk bersihakan hati

~iaitu zikrullah..sentiasa mengingati Allah

semua bani Adam melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilpaan itu ialah orang yang bertaubat kepada Allah.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."


Al-Baqarah : 186

sekadar perkongsian dan peringatan bersempena Sayyidul Ayyam..

asif kathir di atas point yang x teratur, huhu =(

tadi ade ,masalah laptop sket ( ni dah kali kedua taip semula nk buat post ni...huhu )


sekadar itu sahaja untuk kali ni..

selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w. kekasih Allah bersempena Maulid Nabi baru2 ini..

selamat meneruskan selawat ke atas Nabi..

semoga kita mendapat syafaatnya di akhirat kelak insyaAllah..

:)

Tuesday, February 23, 2010

Open Your Eyes...





Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside...
No...

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise

Take us in the best way
(Allah)

Guide us every single day...
(Allah)

Keep us close to you
Until the end of time...

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside
No...

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing...
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life...

Allah...

You created everything
We belong to you


Allah.........

Saturday, February 20, 2010

Tur Sinai...

Alhamdulillah..
pada 13-15 februari (hingga 16 feb, tmbah 1 hari sebab ade masalah jalan banjir@tanah runtuh, so xleh pulang awal) baru-baru ini,
kami telah berjaulah ke Tur Sinai...
ataupun juga dikenali sebagai Jabal Musa..


kalau nak cerita memang banyak..
tapi cukuplah sekadar kita tahu bahawa kisah kaum Nabi Musa ni merupakan kisah yang paling banyak diceritakan dalam AL-Quran..

sedikit gambar kenangan~





salah sebuah gunung~



Hamam Firaun~yg kat dalam tu(cam gua)~panas cam sauna




Lembu Samiri~


boleh rujuk Surah Taha: 85-98 & Surah AL-A'raf : 148




kubu Salahuddin Al-Ayubi~subhanallah memang sangat cantik n kagum




from top view~





Uyun Musa~




Seafood~




subhanallah~



glassboat~


ade banyak lagi tempat yang kami lawati contohnya Mata Air 12...
tapi masa tu dah malam jadi gambar gelap sikit...

untuk sahabat2 yg nak merujuk kisah Nabi Musa ni..
dalam surah al-Baqarah ade bnyak cerita ni..

n boleh rujuk lagi :-
Al-A'raf : 160
Taha : 12
Baqarah : 63
Maidah : 20-26

Subhanallah, hanya itu yang mampu terucap apabila melihat sendiri tempat-tempat berlakunya kisah-kisah yang disebut di dalam Al-Quran..

dan merasa sendiri bagaimana mendaki Tur Sinai yang tiiinggi tu yang mane ia adalah gunung Nabi Musa bermunajat dengan Tuhannya...

bagi kami akhowat ni daki lam 3jam lebih ( ni dah ade trek)

subhanallah..

semoga sama-sama dapat mengambil ibrah daripada jaulah ini...

insyaAllah...

p/s : esok dah stat skolah..
semoga sama2 dapat belajar lebih tekun
n kerana Allah~

n to kanak2 yt~ tidak nakal2 lagi :)

wallahua'alam

Thursday, February 18, 2010

BERENANG DI LAUTAN PELUH



Daripada Ibnu Umar radhiallau anhuma bahawa Rasulullah saw bersabda :

“ Seluruh manusia akan berdiri di hadapan Tuhan Pencipta Alam ini (pada hari kiamat nanti) , sehingga salah seorang di antara mereka ada yang akan tenggelam di dalam peluhnya sendiri sampai ke pertengahan telinganya”.
H.R. Bukhari & Muslim.

Suasana pada hari kiamat adalah bersangatan panas, iaitu ketika orang ramai semua dibangkitkan dari kubur untuk menghadap kepada Allah swt..

Mereka semua berkumpul di padang Mahsyar untuk dihisab dan diperhitungkan segala amal perbuantannya.

Keadaan setiap orang itu berbeza mengikut amal perbuatan masing-masing.

Ada yang berkeringat peluh sampai di kedua tumitnya dan ada yang sampai di kedua lututnya dan ada yang sampai ke pinggangnya bahkan ada yang peluhnya sampai di kedua telinganya sehingga ia terpaksa berenang dalam lautan peluh.

Masing-masing mengikut hitungan perbuatannya ketika di dunia dahulu.

Di sana nanti (kat padang Mahsyar), ada 7 golongan yang dinaungi Allah swt. di bawah naugan ArasyNya yang mulia.

Mereka adalah :-

 Pemimpin yang adil
 Pemuda yang rajin beribadat
 Lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid
 Orang yang mencintai sahabatnya kerana Allah
 Lelaki yang digoda untuk berzina tetapi ia menahan diri
 Orang yang menyembunyikan sedekahnya
 Orang yang mencucurkan air matanya kerana takut kepada Allah swt.


Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang bertuah ini.

insyaAllah...

ameen :)

Thursday, February 11, 2010

Winter Break!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..

exam dah berakhir..=)

sekarang dah mula winter break..
dua minggu lebih..
(sebenanye cuti dah hampir seminggu stat, baru nak update blog..hukhuk)
masa untuk rehat..!
Allah bagi peluang tuk rehat ni kenalah rehat dengan berhikmah..
iya x?
tak mau la cuti yang xterisi..
bak kata seorang sahabat ni..
"kita hanya mahu mengisi masa cuti tapi tidak mahu mengisi jiwa.."
xboleh kan??

so, let's go thru ape yang nak dibuat cuti ni..
n alhamdulillah dah sebahagian yang terlaksana..
ni sume bulan Februari tau..=)

3hb : p Metro, ambik duit (sejurus je abis exam) hehe:)
6hb : p Maarad Kutub (pesta buku), kat Cairo..
7,9,10hb : diskusi Kitab Haid, Nifas n Istihadah..~betul2 bedah buku la ni
8hb : walimah Kak Kiki ~merangkap mentor SC
13-15hb : Jaulah SINAI !!
19hb : diskusi Kitab Maza Ya'ni

alhamdulillah, seronok sangat rasanya pergi Maarad Kutub tu..
tempat dia besaaar sangat..
sebesar stadium..
seriously..
memang xlarat nak round sume hall..
banyak sangat..
kitaorang baru round dua hall pn dah surrender..
akhirnya, alhamdulillah dapat la jugak beli Atlas Anatomi oleh Netter tu..
n beli kamus..yang tebal tu..
pastu g beli buku2 untuk rohani sikit..
tu jela..
emm..
tp ade jugak wat balik kisah sedih..
kene 'katok harga' oleh sebuah kedai kat situ..
ish..malas nak ingat
wat dosa je ngungkit
ape x nyer..makan syawarma(kebab) je pn n batotis(kentang goreng) 2 pinggan n air dua tiga cawan..tapi harga seratus lebih..
huhu..
ish..
ngungkit jugak..

emm..
then, yang sal bedah buku tu pn bes jugak..
banyak la kalau nak cerita..
tapi yang pastinye ana nak bgtahu n nak kongsi bahawa kita ni sebagai akhowat perlu sangat tahu bab2 hukum2 ni..
ilmu feqah ni ilmu wajib..
banyak sangat yang ana sendiri konfius..
n rasa bertuah dapat kesedaran sebelum maut menjemput..
huhuhu

then yang sal kahwin Kak Kiki tu..=)
ish..seronok je kalau cerita bab ni..
Kak Kiki tu tahun 4 medik kat Uni Mansoura ni..
kahwin ngan ustaz dirosat(pengajian Islam) kat sini..
~abis kawan-kawan ana takut ngan ustaz-ustaz kat sini..
hehe..
takut dapat badi Kak Kiki..:D

n sekarang...
xde buat ape2..
juz buat persiapan untuk ke Sinai..
n boleh dikatakan bahawa ni adalah kali kedua kami-kami(budak Yt) ke Sinai..
tp yg 1st tu kira x aci la coz pegi sume dah, Sinai, Nuweiba', Dahab..cume xdaki je..
huhu

papepon, sekarang perasaan tu teruja sangat nk Jaulah Sinai..
sebab tadi mase taklimat sal Sinai tu, ade dijemput kakak dirosat tuk bagi gambaran sal Sinai dan menceritakan sedikit kisah-kisah disebalik..
huhu..
ape yang boleh dikatakan..
teruja sangat dengar apa yang akak tu cakapkan..
n nak keep words ni jer..
yang penting..TAJDID NIAT!
kalau pergi hanya untuk tengok matahari terbit..maka itulah yang akan kita dapat..
tapi pergilah semata-mata hanya kerana Allah..
insyaAllah kamu akan menemui apa yang sepatutnya kamu temui..
ameen..

for d last..
gunekan cuti sebaik-baiknya..
nanti dah bukak sem dah xde mase nak cuti-cuti lagi..
sume kene struggle tuk exam final..
huhu..

okies, setakat ni dulu post kali ni...
selamat datang Sinai... :)

p/s : n buat adik beradik di UIA ~ special 4 u..
salam imtihan!!
Maat Taufiq wan Najah...
InsyaAllah..

Friday, January 22, 2010

SAKSI POLIS??




Assalamualaikum...

Alhamdulillah wa syukur lillah..

hari ni ana ade something sket nak share ngan sahabat2 semua..

Ianya berkaitan dengan ape yang berlaku dekat tempat ana sekarang iaitu Mansoura..
Emm, sekarang ni dekat Mansoura banyak sangat berlaku kes pecah rumah oleh orang Arab..
Dah bape buah rumah student Malaysia jadi mangsa..
Banyak barang berharga yang dicuri.. laptop, duit, saratoga (comforter), baju sejuk... :(

sian kat sahabat-sahabat ni semua..

tp ,memang sebelum ana datang sini pon dah ade dengar sal kes pecah rumah ni berleluasa bila time musim sejuk..
coz diaorang ni ade yang miskin..
tp dulu diaorang curi saratoga jer, tp sekarang diaorang dah tahu kot bahawa laptop tu sebenarnye berharga jugak... kot nye lah.. :)

then, alkisahnya dengan tajuk entry ana ni..

2, 3 hari yang lepas, iaitu hari Selasa baru-baru ni..
ana agak kurang sihat, xcukup tido.. jadi sakit kepala, pening-pening lam kuliah..
pastu balik umah awal sket sorang-sorang..
bajet balik umah nak rehat..nak tido
tapi bile balik tu, jadi rajin pulak nak basuh baju.
p basuh baju dulu jap..ngee~~

then, ade orang tekan loceng umah..
ana pn tanye la 'min'?
pastu dengar suara orang Arab laki-laki..
ooh, orang Arab.. so kene hati-hati sikit laa..

ana pon jenguk la kat tingkap siapa
kot2 baba (tuan rumah) ke, orang mintak zubalah ke (duit kutip sampah)
tp ni xkenal..
dia cakap ape ntah..
ana xpaham..
pastu malas nak panjang-panjang..
lagipun takut sbb duk sorang-sorang, kalau dia nak pape..
ana cakap je la', la'..
pastu dia pn kate ok..
pastu dia g umah sebelah..
dia tekan loceng umah sebelah pulak..
ana pon ~~~~

siapkan jemur baju n siap-siap nak masuk istirehat~
tutup lampu kat tengah umah,
masuk bilik, duk lam comforter..ditambah ngan kesejukan musim sejuk...
pastu lena....

****

bila bangun tido..
housemate semua dah balik dari kuliah..
pastu duk r join diaorang..
pastu dengar orang Arab kecoh-kecoh kat luar..
tp biarkan jela coz memang selalu macam tu..
tp ni kecoh semacam je..

pastu ade student Malaysia yang merangkap jiran ketuk umah..
dia cakap 'eh korang tau x umah sebelah korang ni kene pecah masuk?'
kitaorang terus bising-bising..
meremang bulu roma..
memang terkejut sangat..
coz pintu umah jiran betul-betul bersebelahan ngan pintu umah kitaorang..
'cepatlah kuar tengok'

Ya Allah..
abis 'rabak' pintu dikerjakan..
macam gune kapak pecahkan pintu..
pastu nampaklah jiran Arab kitaorang ni lemah xbermaya..
pastu bagi tasyji' sikit..
( cakap isbir2 je )

pastu diaorang tanye ade sape-sape dengar ke bila berlaku..
or tahu pape..
pastu ana cakap la yang sal ade orang laki-laki yang datang tadi...
pastu cite la serba sedikit..
pastu arab-arab ni syak la lelaki td yang punya angkara...

then, jiran Malaysia tu pesan..
'emm, jap agi maybe polis datang.. bgtau la sal ni'
alamak..
ana ke?

pastu kejap lagi tu..
mama n baba sampai..
diaorang soal lagi..
pastu datang polis ( lebih kurang cam detektif la)
pastu nak jumpe ana..
ambik maklumat..
alahai..
suh describe2 camane characters lelaki misteri tadi..
kurus ke gemuk ke?
putih ke hitam?
tinggi ke rendah?
anggaran umur?
rambut ,macamane?

ngee~~

n suh ambik kertas lukis muke lelaki tadi..
Ya Allah..
memang dah rase macam kat cite2 je jd saksi polis..
padahal xtahu betul ke x lelaki td yang buat.....


Itulah alkisahnye..

Alhamdulillah, Allah sisihkan dari rumah kitaorang yang menjadi mangsa..
memang sangat syukur..
dah la ana duk sorang-sorang time tu..
memang bila pikir-pikir..jadi takut sangat..
alhamdulillah..
Allah masih memelihara ana
dan barang-barang yang ada lam umah(duit banyak kat umah~nak bayar yuran~puluh2 ribu! )
n Allah pelihara keselamatan kami..

Alhamdulillah..

dan setiap ape yang terjadi ucaplah Innalillahiwainnailaihirojiuun....

~n InsyaAllah, jangan risaukan kitaorang k..
security ditambah..
n duit2 dah bagi kat senior yang pegang...
n pagi td ade bacaan Hizb Nawawi kat Madrasah Imam Nawawi mintak perlindungan dari semua perkara ni..
yang kerap sangat berlaku kat Mansoura ni..
supaya semuanya selamat :)

InsyaAllah...

Apepn, let's fokus on studi..
next week exam..
doakan yang terbaik..
n berdoalah pada Allah moga-moga semua yang berlaku ini bukan bala yang diturunkan oleh Allah..
naudzubillahi min zalik..

Tuesday, January 19, 2010

nothing~

Assalamulaikum...

alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana sampai saat ini pon kita masih diberikan nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam..
dun forget about it k !
n jangan lupe tuk berterima kasih kat Allah jugak atas nikmat2 lain yang x terhitung..
udara yang kita hidup ni free je tau..
tp adakah kita bersyukur?
pikir-pikirlah..

eh2 tu peringatan tuk diri sendiri sebenarnye... :D
sbb cakap sal bersyukur ni xpernah habis..


Apepon, sebenarnye xde topik specific nk post..
tp rindu nk 'post'kan something..
huhu..
kekangan masa nak menghadap laptop lame-lame menyebabkan blog ni seperti x berpenghuni..
huhu..

n actually exam midyear lagi seminggu jer..
studi xhabis2..n xhabis lg..
studi leave xstat lg..
huhu
kelas padat..
tp tu la hakikat kehidupan seorang pelajar medic..
iya x?
macam lecturer selalu cakap..
all student medic in d world r under d stress!!
ALL!!
not only YOU!!

so,
semangat dalila! semangat!
yang penting kene rajin :)
n jangan lupe tajdid niat… ~_~
n jangan lupe pada makanan rohani jugak ye..

A Muslim Doc to be..........INSYAALLAH =)


Wednesday, January 6, 2010

Hold on to your dreams........


Did you know

that every star

that shines

in the midnight sky

is waiting there for you

as each day

goes passing by?

For, they are yours

for the taking –

all you need

is self belief…

and the ability to see that setbacks

have solutions just beneath.

So, never let your dreams pass by

for, they are there for you to see

that, if you focus on your goals,

you’ll be all you’re meant to be.

So, nurture them with all your heart –

leave all your doubts behind

and you simply won’t believe

the success you then will find!


let's together gether :)