Thursday, February 18, 2010

BERENANG DI LAUTAN PELUH



Daripada Ibnu Umar radhiallau anhuma bahawa Rasulullah saw bersabda :

“ Seluruh manusia akan berdiri di hadapan Tuhan Pencipta Alam ini (pada hari kiamat nanti) , sehingga salah seorang di antara mereka ada yang akan tenggelam di dalam peluhnya sendiri sampai ke pertengahan telinganya”.
H.R. Bukhari & Muslim.

Suasana pada hari kiamat adalah bersangatan panas, iaitu ketika orang ramai semua dibangkitkan dari kubur untuk menghadap kepada Allah swt..

Mereka semua berkumpul di padang Mahsyar untuk dihisab dan diperhitungkan segala amal perbuantannya.

Keadaan setiap orang itu berbeza mengikut amal perbuatan masing-masing.

Ada yang berkeringat peluh sampai di kedua tumitnya dan ada yang sampai di kedua lututnya dan ada yang sampai ke pinggangnya bahkan ada yang peluhnya sampai di kedua telinganya sehingga ia terpaksa berenang dalam lautan peluh.

Masing-masing mengikut hitungan perbuatannya ketika di dunia dahulu.

Di sana nanti (kat padang Mahsyar), ada 7 golongan yang dinaungi Allah swt. di bawah naugan ArasyNya yang mulia.

Mereka adalah :-

 Pemimpin yang adil
 Pemuda yang rajin beribadat
 Lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid
 Orang yang mencintai sahabatnya kerana Allah
 Lelaki yang digoda untuk berzina tetapi ia menahan diri
 Orang yang menyembunyikan sedekahnya
 Orang yang mencucurkan air matanya kerana takut kepada Allah swt.


Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang bertuah ini.

insyaAllah...

ameen :)

No comments: