Thursday, March 25, 2010

Nilaian dunia

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah wa syukur lillah..

Salam Sayyidul Ayyam..

NILAIAN DUNIA

Manusia ini hanya mempunyai 2 kesudahan iaitu antara kesudahan yang baik ataupn kesudahan yang buruk.

Tidak mungkin akan ada yang mempunyai kesudahan yang dipertengahan.
Allah telah menjadikan kepada kita SYURGA atau NERAKA.

So….
Berbuat baiklah sepanjang masa.

Konsistenkan amalan kerana kita tidak tahu apakah kesudahan kita nanti.

Semoga dikurniakan kesudahan yang baik.


‘sesngguhnya ada seorang manusia yang beramal dengan amalan syurga & terlampau hampir dengan syurga..tetapi ketetapan bahawa dia bukanlah ahli syurga..maka di akhir penghidupannya, dia melakukan amalan neraka….nauzubillah’
Begitulah juga sebaliknya jika ketetapan seseorang itu adalah syurga.
Subhanallah!


أَفَأَمِنُواْ مَكْرَ اللّهِ فَلاَ يَأْمَنُ مَكْرَ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ

Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman dan azab Allah kecuali orang-orang yang merugi.
Al-A'raf : 99

Kita mestilah bekerja untuk mendapatkan syurga~ tidak boleh sekadar berserah semata.

Jadikan kebaikan sebagai 1 keseronokan.

insyaAllah.

Kerana bukanlah kekayaan itu menunjukkan kelebihan selamanya.

DUNIA ~ tidak ade nilainya di sisi Allah.
Saidina Ali
‘ Demi Allah, dunia yang kamu duduk ini lebih hina sari kulit-kulit babi yang berpenyakit kusta’


Nilaian dunia adalah semua yang akan musnah.

Apa yang kekal adalah apa yang Allah janjikan syurga dan pahala.


Kunci pertama daripada 20 kunci rezeki.

TAQWA.

~hendakalah bertaqwa kepada Allah ketika sembunyi & terang-terangan.

Manusia mudah untuk bertaqwa dalam keadaan terang-terangan tetapi amat payah untuk bertaqwa dalam keadaan sembunyi (ketika bersendirian).

Tanda-tanda ikhlas- sama amalan ketika sembunyi & terang-terangan.

Alhamdulillah, ini antara apa input yang dapat dikongsikan ketika mengikuti program Fiqh Perubatan & 20 kunci rezeki oleh ustaz yang tidak asing lagi di Mansurah ni..iaitu Ustaz Salman Maskuri..

Semoga sama dapat mengambil inzar.

Terutama sekali kepada empunya diri.

Sesunggunhya dialah orang petama yang akan diuji atas kata-katanya.
Huhu..

Wallahu’allam.

No comments: