Sunday, July 24, 2011


Bismillahirahmanirahim...

Allah.
hati menjadi sayu apabila mengenangkan Al-Quran.
Allah, saya masih jauh dengan Al-Quran.
Masih banyak isi Quran yang saya xingat.
Saya tidak mahu menjadi orang yang ditinggalkan Al-Quran.
Wahai AL-Quran, aku ingin ianya dekat di hati.
Terasa begitu rindu untuk betul-betul bermujahadah dengan Al-Quran seperti dahulu.
Nak duduk kat DQ lagi. pi kelas tasmi', iadah kat Masjid, iadah sebelah tasik.
Tasmi' dengan sahabat2. Rindu suasana iadah di Masjid DQ.
Keadaan sekarang jauh berbeza.
Untuk iadah perlukan mujahadah. Penat itu pasti.
Untuk membahagikan masa belajar ilmu medik, mengulang Al-Quran & melaksanakan tugasan2 seorang hamba yang lain.
Namun, Subhanallah Alhamdulillah ianya adalah antara nimat terbesar yang pernah saya miliki.
Seperti xpercaya diri ini diberi peluang oleh Allah untuk pernah menghafal kalamNya.
Terasa diri ini begitu kerdil. Tidak layak. Tidak mampu.
Namun Allah bagi jugak. Allah Maha Kasih terhadap HambaNya.
Malu dengan Allah yang Maha Pemurah.
Al-Quran itu hebat.
Saya ada terbaca di blog seorang sahabat. Nisbah orang yang ingat Al-Quran dan orang yang menghafal Al-Quran seperti 1:100 atau 1:1000.
Allahurabbi, jauh sekali untuk saya tergolong dalam golongan yang satu itu.
Muhasabah.
Kebelakngan ini, ramai sahabat2 yang tulis entry pasal Al-Quran. Hamalatul Quran. Jalan Mujahadah. Konsisten dalam iadah.
Terima kasih kalian, kerana sehingga ke saat ini, masih terasa aura nasihat tersebut walau hanya kata2 yang dapat dibaca.
Tekad di hati untuk merebut peluang cuti summer ini untuk betul2 menumpukan pada Al-Quran.
Biar sedikit tetapi biarlah melekat di hati.
Saya rindu pada Al-Quran. Rindu yang teramat.
Biarlah rindu saya ini subur pada setiap masa dan ketika.
Bukan ketika tangan ini menaip kata2 sahaja.
Ameen Ya Allah.

salam mujahadah sekencang dakwah~

doa kat blog adik, xsalah berkongsi :)

"Ya Allah Ya Rahman, hadiahkanlah aku seorang IMAM yang CINTA pada QURAN dan cinta pada PERJUANGAN ISLAM. Moga-moga dia menjadi wasilah aku tsabat dalam jalan Quran, tsabat juga dalam PERJUANGAN. Dan kekalkan kami di jalan kebaekan menuju JannahMu. Ameen..."

ameen Ya Allah...


Saturday, July 16, 2011

Isi Hatimu Dengan Bismillah~


credit to kak muni~ nasyid ni best!


Friday, July 15, 2011

No title~

short note~

Di saat sekarang semua sanak saudara saya berkumpul di Kuala Terengganu.

Untuk satu majlis kakak saudara saya.

Rindu budak2 kecik yg comel2.


mode : Saya di sini masih berjuang untuk last paper.

Biochemistry.

Allahuyussahhil!

Rabbunayussahhil!

Allahu..


Tuesday, July 12, 2011

Cinta Allah yang abadi...


from Ayong :)

Wanita ibarat sebiji epal. Epal yg tidak berkualiti amat mudah diperoleh. Epal yg berkualiti pula amat sukar diperoleh..Sangat sukar dipetik, sangat sukar digapai. kerana kedudukannya yg tinggi.. ISTIMEWA.

Terkadang ada epal bertanya, "Kenapa aku belum dipetik lagi?"Lantas dia menggugurkan dirinya menyembah tanah.. Sedangkan ia sebenarnya dijadikan oleh Allah dengan begitu tinggi martabatnya.Sehingga tiada siapa yg berani memetiknya.. hanya pemuda yg benar-benar hebat mampu memetiknya.Jika bukan di dunia, di akhirat nanti..Andai belum bertemu jodoh, biarlah cinta Ilahi mengisi kekosongan hatimu..Andai tidak bertemu jodoh di dunia biarlah cinta Ilahi mengiringi di setiap langkahmu, setiap hela nafasmu..
Wahai mawar agama, hunuskan durimu!!

Tidak Dipandang dan Tidak Memandang.



hayatilah…

Suatu kisah

Kisah benar belaka

seorang pemuda dalam pencarian

Mencari pemilik rusuk kirinya

Sudah bertahun bersendirian

Muncullah calon yang entah ke berapa

Seperti biasa

Diusulkan emak tersayang


Bukan calang-calang calon yang diusulkan

Lulusan universiti Timur Tengah

Menghormati permintaan si anak

Yang mahu pendamping solehah

Sejuk mata memandang

Bertudung labuh litup

Pandai berbahasa Arab

Pendek kata tip top!


Si pemuda mulakan istikharah

Hampir berminggu

Setelah meneliti gambar

Mula mencari maklumat

Sebelum sesi taaruf bermula


Si pemuda menjenguk ke web

Laman Friendster kegemaran ramai

Yang kini mungkin Facebook

Satu keajaiban!!!

Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian

Tiba-tiba tergamam

Si gadis masih anggun

Bertudung labuh litup

Namun, bergambar sakan

Aduh!


Terkejut bukan kepalang

Calon solehah direject tanpa ihsan

Bukan menjadi pilihan

Kerana gambar ditayang

Dengan penuh sakan

Pemilihan terbatal


Dia pernah berkata

Perempuan cantik itu

Tidak memandang dan tidak dipandang

Perempuan cantik itu

Tidak mengenali dan tidak dikenali

Perempuan cantik itu

Tidak menegur dan tidak ditegur


Akhirnya

Solehah kempunan calon soleh

Merayu untuk dipertimbangkan

Tapi sayang sekali

Si pemuda tetap

Tidak berganjak dengan keputusan


Wahai Muslimah

Aku dan kamu

Mari mempelajari, mencontohi

Watak-watak wanita salafussoleh

Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka

Kerana wanita solehah itu

Lebih baik daripada

seribu lelaki yang tidak soleh


p/s : puisi ini mmg sengaja di copy…

Wahai adik2 muslimah marilah mengambil iktibar,

jadilah muslimah sebenar,

jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.

sampaikanlah pada sahabat2 kalian

sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini


Terima Kasih kepada penulis puisi ini.

(ini hanya sebuah kisah)


note : seringkali kita sebagai muslimah lupa akan hakikat ini. Fitrah manusia terutama pabila menjadi gadis yang sedang meningkat dewasa untuk kelihatan cantik dan sentiasa dipandang orang. Apatah lagi apabila menjadi sesorang yang diminati ramai.

Ingatlah wahai saudari muslimahku, wanita yang baik adalah wanita yang tidak dipandang dan tidak memandang.

Biarlah kecantikan kita hanya dilihat oleh seseorang yang bernama suami.

Tidak rugi apabila kita menjaga maruah, bahkan akan makin tinggi martabat seorang wanita itu.

*cantik xbermaksud cantik lahiriah sahaja. kerana semua orang dikurniakan cantik dalam erti kata yang tersendiri. ianya subjektif.

wanita solehah itu lebih baik daripada 70 lelaki soleh.


Tuesday, July 5, 2011


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.

Sabdanya yang bermaksud:

Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.

Friday, July 1, 2011

Take 5~ Tazkiyatun Nafs..

Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat dia perlu mengamalkan cara berikut :-

1) Mengurangkan tidur.
2) Mengurangkan makan.
3) Mengurangkan bercakap.
4) Berpada-pada dengan rezeki yang ada.

*berusahalah ke arah itu!