Friday, June 29, 2012

Baba has passed away

Bismillah wal hamdulillah.

InsyaAllah hari ni saya nak post pasal satu perkara, about our baba.
Our landlords here.

Baba has passed away since 26th of June, yakni one day before we got into written exam paper 2 for pathology and one day after Dr Morsi was announced as a new president of egypt. huu -.-


Setelah hampir dua tahun mendiami imarah ini dan rumah kami berhadapan dengan rumah baba di tingkat 6 ini.

Baba ni sangatlah baik orangnya dengan budak Malaysia.
Imarah(bangunan) yang kami duduki sekarang adalah semuanya didiami oleh pelajar Malaysia. Baba kata dia memang suka sewakan rumah kepada orang Malaysia sebab orang malaysia pandai jaga rumah.

Baba selalu menunjukkan akhlak baik kepada kami, paling saya suka dan terharu, apabila kami bagitahu yang kami akan ada exam, baba akan terus berdoa untuk kami dan kami akan mengaminkan doa dari baba. *antara sifat sesetengah orang Arab yang saya suka sangat*

Pernah sekali tu juga, waktu baba balik masjid solat Isya', baba sembang dengan kami, bagi kami makan balash(kurma muda), kami semua malu-malu ambik sebiji sorang. tapi baba suruh jugak kitaorang ambik banyak-banyak. hinggalah kitaorang ambik 3 biji sorang. sedap juga rupanya balash ni. dah jadi buah favourite dah.

Baba juga selalu pesan, studi well, sleep well, eat well, and most important read Al-Quran well

huhu baba..

Baba ni juga adalah orang hebat, dan selalu bagi nasihat guna ayat Quran (orang Arab memang ramai hebat macam ni). Pernah dulu jadi translater semasa perjumpaan pemimpin Mesir dan Dr Mahathir (ni sebab baba selalu cerita)


Baba juga suka makan keropok keping Malaysia, makanan Malaysia yang lain keluarga baba tak suks, maybe tak ikut citarasa, tapi keropok ni diaorang suka. Tapi mereka tak tahu macamane nak makan. dan kamilah yang selalunya gorengkan keropok yang orang bagi kat keluarga baba. +_+

Banyak lagi kalau nak cerita kisah berjiran dengan baba.
Ni tak termasuk lagi kisah berjiran sewaktu detik-detik revolusi, evakuasi dulu-dulu.
huu..

Mama isteri baba juga baik, selalu bagi makanan Arab ^^
Tapi baba lagi peramah.

mereka berbuat baik kepada kami jiran-jiran mereka yang merangkap saudara asing dibumi mesir ini.
-------------------------------------------------------------------------------------

sengaja mengpost tajuk ni supaya menjadi ingatan.

Pada diri saya, saya tak pernah menghadapi kematian orang yang terdekat dan kematian baba ini bagi ibrah buat diri saya.

InsyaAllah semoga segala kebaikan baba akan mengalir selagi mana kami mengamalkan amalan-amalan yang baba pertunjukkan.


Firman Allah SWT maksudnya :

"Wahai jiwa yang tenang. (QS. 89:27)

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. (QS. 89:28)

Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku (QS. 89:29)

dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (QS. 89:30)

(Surah al-Fajr (89) ayat 27-30)




Innalillahiwainnailaihirojiunn.
Al-Fatihah.



~Arwah baba Mostafa Ateff~
*gambar dari anak baba*



Monday, June 25, 2012

Menanti ahli baru dalam keluarga ^_^

Bismillah alhamdulillah.

InsyaAllah esok adalah exam pathology paper 2 ye.

heh.

tapi masih sempat lagi nak berblog. huhu.

mengisi masa dan mengelak dari tido pagi ni =__=

act Subuh kat Mesir musim panas sekarang ni memang awal..dalam pukul 3 something je..

kene mujahadah sikit untuk tidak tidur lepas subuh, kalau nak tidur pun, tunggu hari cerah sikit..


-----------------------------------------------------------------------------------

Tadi baru lepas berbual dengan umi ^^

tanya kalau-kalau cikja dah beranak. hehe.

umi kata tengah tunggu masa je sekarang ni.

Happy betul lah kakak dan abang bakal bayi ni.

mereka yang duk kira hari.

2 hari lagi!

2 hari lagi!

nak dapat adik baru. mereka kira dari tarikh due mama diaorang akan bersalin.

due cikja 29 June ni.

hehe,

mood berbaur gembira nak terima sepupu baru.

kalau orang lain mesti dah berderet anak sedare, tapi saya masih berderet sepupu heheh.

mak sedara pak sedare ramai muda-muda, semua masuk geng! :)

abang muda lagi pun tak kawen lagi ^^



~Nurin & Syahid~


"post saya sekarang lebih banyak pada perkara-perkara sembang, jadi barangsiapa yang tak suka, boleh tinggalkan blog ini, tiada paksaan ^^ "

Sunday, June 24, 2012

Saturday, June 23, 2012

Catatan Pathology ;(

Bismilllah wal hamdulillah :)

Seminggu dua adalah mode exam subjek pathology dan bermacam-macam lah ragam yang muncul. Dan ragam-ragam ini paling bajet dah akan ada sebab subjek patho ni paling bnayak dan paling jarang studi. huhuuu.

Entah tak tahu nak berceloteh kat mana perasaan yang macam-macam ni so nak lah coretkan kat blog. Tak suka sangat membebel kat fb. huhuu.

Dulu kakak mentor tutor(kak muna) ada bagi tazkirah, dia cakap sebenarnya kalau kita betul-betul hayati subjek patho ni banyak dapat dekatkan diri kita dengan Allah. Belajar pasal penyakit, dapat lihat betapa hebatnya Allah. Allah Maha Mampu buat apa sahaja. Subanallah Subhanallah Subhanallah Allah Maha Hebat.

Subhanallah, sangatlah banyak penyakit yang ada, sekecil-kecil seperti inflammation hinggalah cancer. tu belum tengok stage dan grade semua penyakit lagi. ada yang boleh cure ada yang memang dah metastatic tu spread je da..

Huhuu saya kene berusaha lagi supaya belajar patho dapat merasakan diri ini lebih dekat kepada Allah.

kalau tahun lepas belajar anatomy pun banyak juga dapat tengok ciptaan Allah.
emm papepun sebenarnya studi medik ni semualah dapat hubungkan dengan Allah kalau lihat dengan mata hati. huuu..


Kalau dekat Uni Mansurah ni, untuk written patho ade 2 paper, 1 general 1 special.
sekarang ni dah habis exam paper 1 tunggu untuk exam special patho pulak..
*tunggu exam ayat macam dah sedia nak masuk dewan exam je..huuu
ni belum termasuk praktikal exam lagi.
tapi kengkadang rasa seronok perit belajar nangis-nangis sebab bukan mudah nak dapat ilmu tu.

(maksudnya pernah nangis la ni masa nak exam general patho.huu)

sama jugak waktu hafal Quran dulu, kalau tak rasa menangis tak rasa lah nikmatnya. huhuu..

*May Allah bless us to gain more knowledge because of Allah, not during the exam only!

-----------------------------------------------------------------------------------

-Imam Syafie mengadu kepada gurunya.-
Aku mengadu kepada Guru tentang masalah kesulitan menghafal.
Dan Beliau pun menganjurkanku untuk senantiasa meninggalkan maksiat.
Beliau juga menasihati bahwa, ilmu itu adalah anugerah 'cahaya' nikmat dari Allah.
Dan 'cahaya' karunia nikmat Allah takkan bisa tercurah kepada seseorang yang masih suka bermaksiat.

Pls pray for us.

May Allah ease us in anything we do.

kurangkan memberi alasan dan sila tingkatkan kerajinan.

hubungan dengan Allah dan manusia tetap kene jaga.

insyaAllah.

Work for Islam. Ameen.

till then :)



Sunday, June 10, 2012

Be strong? ~~



i don't know why i post all this pictures about 'STRonG' maybe i miss someone who always give me kata-kata semangat tapi malas nak text dia huhu

i miss u ukhti :)

semoga kamu sentiasa dalam rahmat Allah ^^

esok exam practical + oral microb.

Allahuyusahhil !!

Friday, June 8, 2012

Sembang santai di petang hari. heh ;)



*esok 9 June 2012 exam sheet microb. mohon doanya ^_^

Friday, June 1, 2012

Bismillah wal hamdulillah :)

Kadang-kadang bila Allah datangkan ujian, kita perlu bersyukur kerana Allah masih mengingati diri kita dan ingin meningkatkan iman dan darjat kita di sisiNya.

Tetapi lumrah manusia bila ditimpa ujian lemah semangat kurang pergantungan pada Allah asyik nak mengadu pada manusia.

Tapi takpe kalau kita dah tersedar semula tu cepat-cepatla bawa bertaubat. *heh*. takdela, maksudnya cepat cepat la cari semula Allah. Allah yang bagi masalah pasti Allah juga yang akan selesaikan masalah tu.

Komunikasi dengan Allah tu sangat best! Percayalah! ^^

Kalian punya masalah yang besar? Lupakah bahawa kalian punya Allah yang Maha Besar? ^^

Dah belajar fiqh aulawiyat pun masih tak tahu nak buat keputusan bila kedua-duanya aulawiyat yang sangat besar =_=

Takpe...Allah itu ada.

Doa dan istikharah banyak-banyak mohon petunjuk dari Allah semoga Allah guide segala keputusan yang di buat. insyaAllah ameen.

Ingat nak call umi sebab bila studi je asyik tak dapat nak fokus, tapi baru je beberapa hari lepas call umi, macam takde idea je apa lagi nak sembang =_=

Next exam is microbiology! uhh, pls microb, come to me pls~~

last!

Salam Sayyidul Ayyam

Jangan lupa baca Al-Kahfi dan banyakkan selawat dan sekarang bulan Rejab, banyakkan beristigfar insyaAllah banyak fadhilat yang besar ^^

today also---->> Perhimpunan Hijau di Kedah menuju Putrajaya!

semoga Allah mudahkan dan beri kekuatan ameenn

Rabbunayusahhil :)