Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya.





Quote kata-kata Us Hasrizal :)
" Kita berasa tenang pulang ke kampung kerana kita kembali ke asal kita di situ. Jangan lupa, asal terhebat kita adalah kita ini dekat dengan Allah. Kembalilah ke sifat asal dengan mendekatkan diri kepada Allah, pasti tenang, walaupun tersepit di celah hiruk pikuk kota. "


Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada saya sekeluarga kepada sahabat-sahabat yg mengenali.
Maaf zahir dan batin.

taqabbalallahu minna waminkum.

Saturday, August 27, 2011

lagu yang mengingatkan kita untuk bertawakkal pada Allah pada setiap masa dan ketika.
dan hanya kepadanya tempat umtuk mengadu. semoga bermanfaat ^^



Masa makin pantas berlalu.

Ramadhan kian melabuhkan tirainya.

Alhamdulillah, walaupun tahun ni tidak pulang ke Malaysia, namun hidup di Mansurah sangat best dengan program yang sangat banyak.

At least, masa terisi dengan perkara yg bermanfaat, insyaAllah :)

Jaulah maqam, ceramah Palestin, ceramah Lailatul Qadr, ceramah Perang Badar Kubra, kelas tafaqquh, group tadarus, bengkel Adobe Photoshop..dan banyak lagi

and yg paling menarik Summer Attachment.

saya buat attachment kat department O&G dan Medical Specialized Hospital.

insyaAllah nnti saya update gambar2 attachment.

Sangat teringin untuk update tentang semua2 program ni, namun saya tak punya banyak masa sekarang untuk duduk depan laptop lama-lama.

and actually, saya xde laptop. rosak (:

insyaAllah, semoga diberikan mase tuk menjelajah Gala' (pekan kecik pelajar perubatan) tuk mencari laptop baru.


cume.................antara banyak2 ni, saya rindu FAMILY saya.

kekangan waktu dan ketiadaan laptop amat membataskan saya untuk berhubung dengan family.

umi abah, mintak maaf sangat T_T

bulan Ramadhan jadi bulan yg paling jarang kol umi.

umi pn dah makin risau.

but don't worry umi, anakmu sihat..huhu

(walaupun umi bukannya bace pn blog ni )

apa-apapun, anakmu yakin bahawa Allah tidak lupa kepada kalian.

Allah pasti menjaga kalian!



Saturday, August 6, 2011

Must Read!


Semoga ada lagi syabab seperti Syabab untuk Nur Mumtazah.
Kisah kehidupan, matlamat dakwah, keperibadian muslim dan keluarga.
Buku ni dah lame tapi saya baru baca ^__^

Thank you Aisyah Akil for lending me this book.
May Allah bless u.

dari Mansurah.....

Bismilahirrahmanirahim...

Alhamdulillah, sekarang sudah masuk hampir 3 minggu setelah saya dan sahabat-sahabat menghabiskan exam final Tahun 2. Exam final yang bermula seawal bulan 5 lagi bermula dengan exam praktikal, then written, mcq n oral. Akhirnya berakhir pada 20hb Julai. lama kan? hampir 3 bulan kot. huhu.

Berakhirnya exam, pelbagai program menanti kami. Paling awal sekali selepas exam, kami akhowat Medicseeker main sukaneka. Walaupun saya tak main sebab jadi salah seorang Ajk pelaksana sukaneka, tapi gembira bila tengok kawan-kawan sume happy. Alhamdulillah. Semua orang main lepaskan lelah studi. Lupa sekejap pasal buku-buku :D Malam esoknya pula, ada jamuan batch Medicseeker. Siang hari before jamuan tu, saya jd assistant kepada tokey nasi tomato~wansyazdiana.(if u read lah) hehe. Jamuan yang enak tapi xleh makan banyak sebab perut dah masuk angin. huhu. Alhamdulillah, masa malam jamuan tu saya dapat cabutan bertuah! hehe, jarang2 bertuah sebenonye ;p dua hari program berturut merapatkan lagi ukhuwah di antara kami. that's why lah makin hari makin sayang pada akhowat medicseeker! ukhuwah never end! InsyaAllah :)

Bersyukur sebab masih dipertemukan dengan Ramadhan pada tahun ini. Alhamdulillah. Tahun ni berpuasa di perantauan lah dengan sahabat-sahabat :) Kalau waqi' kat Mesir akhowat xboleh pergi masjid demi menjaga keselamatan. jadi, kami akhowat buat jemaah Terawih sendiri kat rumah. Agak sedih tapi kene akurlah demi kebaikan. Kadang-kadang agak jealous pada ikhwah. Diaorang kate kalau bulan Ramadhan kat Mesir, masjid-masjid mesti penuh dengan jemaah macam solat Jumaat! Nak tengok suasana tu, tapi kalau dah waktu solat, xdelah pulak kami nk g main-main kat luar. Xpelah, semoga dapat tengok nanti.
Kat Mansurah, boleh dikatakan setiap hari ada program. Pagi mahupun petang. Madrasah Imam Nawawi esp. amatlah rugi kalau xdatang. Alang-alang dah duduk negara anbiya', cubalah untuk kutip ilmu sebanyak yang mungkin. Yang ni, semuanya bergantung pada diri. Kalau ada kemahuan jalan sudah terbuka, hanya hadirkan diri anda =) Alhamdulillah seronok sangat. At least, bila masa banyak terisi, xdelah banyak masa untuk memikirkan perkara-perkara hati sangat. huhu. ~~~

3 Ramadhan yang lalu pula, program khas untuk kami tahun 2 iaitu LIFE2 yakni Love Islam For Eternity :) diskusi topik Modern Jahiliyyah of 20th Century dan Mendidik Jiwa. Pengisian yang mantap dari seniority. yang ni kalau ada masa n masih ingat, saya update lain. InsyaAllah.

Sekarang fatrah berdebar kembali lagi. Result bakal keluar. Doakan saya dan sahabat-sahabat najah. Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Beberapa kali result exam ditunda, mungkin ada hikmahnya. Allah bagi peluang lagi untuk kita berdoa. esp di bulan yang penuh berkat ni. Teruskan bertawakkal pada Allah pada setiap masa dan ketika. Allahuyusahhil! Rabbunayusahhil!

*rajin pulak kali ni update panjang2**

Btw, miss my family so much :( Bukan xnak balik, tapi ada yang perlu di utamakan. Hanya Allah yang dapat menjaga ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga yg lain dengan sebaiknya. Kalau cakap tepon dengan umi, kalau dah sampai topik menyentuh hati mesti cepat2 tukar topik. Huhu. *takot menangis*

Ilalliqo'.

Salam Ramadhan Kareem..Allahu Akram.