Friday, April 30, 2010

Bismillahirahmanirahim..

Menyahut seruan kempen 'Lifeline 4 Gaza' di Mansurah ini..

perkongsian melalui ceramah 'Malam Dengari Sendu Gaza 2'yang berlangsung semalam..


وَأَوْرَثْنَا الْقَوْمَ الَّذِينَ كَانُواْ يُسْتَضْعَفُونَ مَشَارِقَ الأَرْضِ وَمَغَارِبَهَا الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا وَتَمَّتْ كَلِمَتُ
رَبِّكَ الْحُسْنَى عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ بِمَا صَبَرُواْ وَدَمَّرْنَا مَا كَانَ يَصْنَعُ فِرْعَوْنُ وَقَوْمُهُ وَمَا كَانُواْ يَعْرِشُونَ

Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya. Dan telah sempurnalah perkataan Tuhanmu yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israil disebabkan kesabaran mereka. Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Fir'aun dan kaumnya dan apa yang telah dibangun mereka.

Al-A'raf : 137

وَنَجَّيْنَاهُ وَلُوطاً إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا لِلْعَالَمِينَ

Dan Kami seIamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia.

Al-Anbiya' : 71

وَلِسُلَيْمَانَ الرِّيحَ عَاصِفَةً تَجْرِي بِأَمْرِهِ إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا وَكُنَّا بِكُلِّ شَيْءٍ عَالِمِينَ

Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu.

Al-Anbiya' : 81

Bumi Palestin..bumi yang diberkati.


Sedikit data yang dapat dicatat semalam..

jumlah tahanan umat Islam di tahanan penjara Israel semenjak 1967 adalah 50 000 orang.

jumlah sekarang adalah 7500 orang.

330 orang merupakan tahanan bawah umur. (insan kecil yang ingin mengekspresikan kemarahan mereka menjadi mangsa)

37 orang dikalangan wanita.

14 orang di kalangan wakil-wakil rakyat.

dan ramai lagi tahanan yang dijemput Ilahi di dalam pelbagai keadaan.
ade yang sakit tetapi tidak diubati, yang sengaja dibunuh tanpa bersebab dan sebagainya.

moga mereka syahid fi sabilillah..insyaAllah..

dan banyak peperangan yang berlaku (mungkin boleh kaji lagi)

konklusinya..

1) kene bantu mereka
2) kene ambik peduli pasal mereka..saudara seIslam
~sifat tidak ambil peduli tentang saudara seIslam yang lain merupakan salah satu sifat orang menafik.
3) kenapa kita lemah? sentiasa diserang?
~kerana kita sendiri sesama umat Islam tiada kesatuan.


Wallahu'alam.

No comments: