Sunday, May 27, 2012

Kerana redha Allah..



Quote kata2 dalam video ni..

*Matlamat utama adalah untuk mencari Redha Allah, adapun yang lain, pangkat jawatan harta dan sebagainya akan datang dengan sendirinya

*jangan pandang sepi pada orang yang biasa-biasa, kerana siapa tahu bahawa bisikannya didengari oleh Allah. itulah Khaulah yang hidup semasa pemerintahan Khalifah Umar..

saya tak sure adakah Khaulah ini sama dengan Khaulah Al-Azwar, antara tokoh yang saya minati :)

Thursday, May 24, 2012

Wanita Muslimah Yang Solehah itu Bagaimana?

Assalamualaikum :)

Di musim exam ini la mood untuk berblog hadir. itu normal saya kira kerana hanya musim exam sahajalah masa agak banyak di rumah.
back to the topic, sehari dua saya asyik tertanya wanita muslimah yang solehah itu bagaimana?
yang dikatakan wanita itu adalah hiasan dunia, dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah. wanita solehah itu adalah lebih baik berbanding lelaki-lelaki yang soleh kerana wanita solehah itu sukar ditemui. dan begitu besar darjatnya di dalam syurga malahan lebih tinggi dari darjat bidadari syurga..itulah wanita solehah.

jadi saya buat research sikit, nak share macam malas nak type banyak-banyak jadi saya share je la artikal nya.

siapa yang tidak mahu menjadi wanita solehah? pasti amat rugi. dan pastinya semua wanita mengimpikan perkara tersebut.
dan saya juga pasti mahu! :)

semoga saya dan sahabat-sahabat semuanya menjadi wanita solehah.


*****************************************************************************************************

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik” Si ayah terus menyambung “muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat. Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir) “Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)




“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.

“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata “Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh” Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

p/s : *tak suka dengan format baru blogg ni, susah nak syncronize kan tulisan. lepas exam la nak usha2 mende alah ni*