Thursday, March 25, 2010

Nilaian dunia

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah wa syukur lillah..

Salam Sayyidul Ayyam..

NILAIAN DUNIA

Manusia ini hanya mempunyai 2 kesudahan iaitu antara kesudahan yang baik ataupn kesudahan yang buruk.

Tidak mungkin akan ada yang mempunyai kesudahan yang dipertengahan.
Allah telah menjadikan kepada kita SYURGA atau NERAKA.

So….
Berbuat baiklah sepanjang masa.

Konsistenkan amalan kerana kita tidak tahu apakah kesudahan kita nanti.

Semoga dikurniakan kesudahan yang baik.


‘sesngguhnya ada seorang manusia yang beramal dengan amalan syurga & terlampau hampir dengan syurga..tetapi ketetapan bahawa dia bukanlah ahli syurga..maka di akhir penghidupannya, dia melakukan amalan neraka….nauzubillah’
Begitulah juga sebaliknya jika ketetapan seseorang itu adalah syurga.
Subhanallah!


أَفَأَمِنُواْ مَكْرَ اللّهِ فَلاَ يَأْمَنُ مَكْرَ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ

Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman dan azab Allah kecuali orang-orang yang merugi.
Al-A'raf : 99

Kita mestilah bekerja untuk mendapatkan syurga~ tidak boleh sekadar berserah semata.

Jadikan kebaikan sebagai 1 keseronokan.

insyaAllah.

Kerana bukanlah kekayaan itu menunjukkan kelebihan selamanya.

DUNIA ~ tidak ade nilainya di sisi Allah.
Saidina Ali
‘ Demi Allah, dunia yang kamu duduk ini lebih hina sari kulit-kulit babi yang berpenyakit kusta’


Nilaian dunia adalah semua yang akan musnah.

Apa yang kekal adalah apa yang Allah janjikan syurga dan pahala.


Kunci pertama daripada 20 kunci rezeki.

TAQWA.

~hendakalah bertaqwa kepada Allah ketika sembunyi & terang-terangan.

Manusia mudah untuk bertaqwa dalam keadaan terang-terangan tetapi amat payah untuk bertaqwa dalam keadaan sembunyi (ketika bersendirian).

Tanda-tanda ikhlas- sama amalan ketika sembunyi & terang-terangan.

Alhamdulillah, ini antara apa input yang dapat dikongsikan ketika mengikuti program Fiqh Perubatan & 20 kunci rezeki oleh ustaz yang tidak asing lagi di Mansurah ni..iaitu Ustaz Salman Maskuri..

Semoga sama dapat mengambil inzar.

Terutama sekali kepada empunya diri.

Sesunggunhya dialah orang petama yang akan diuji atas kata-katanya.
Huhu..

Wallahu’allam.

Thursday, March 18, 2010

Sabarlah Hati..

Bismilahirahmanirahim...

wahai insan,


tenanglah dalam mengharungi ujian darinNya ini..
kerana anda sedang berurusan dengan Zat yang berkuasa atas urusanNya..
yang Maha bijaksana atas hambaNya..
yang Maha Pengasih tehadap makhlukNya..
dan yang Maha Indah dalam segala pengaturanNya..

tenanglah..
kerana akhir dari perjalanan itu ialah kebaikan..
hasilnya adalah kesenangan..
dan penutupnya adalah kemuliaan..
insyaAllah..

YAKINLAH,
Allah tidak pernah menzalimi hambaNya..
setiap apa yang berlaku DiA bukan lakukan dengan sia-sia..
melainkan ada tujuan dan hikmahnya..

banyakkan istighfar & selawat..
moga kita tidak menjadi penghalang kepada tersebarnya Deen..
semoga dengan setiap ujian yang diterima..
hub kita denganNya lebih erat & darjat kita disisiNya lebih tinggi.
ameen..

Allah Maha Mengetahui :)


notes :-

mesti pelik kan?
kenapa tetiba macam post sedih..
xpelah sekadar perkongsian hati setiap insan dengan sahabat sekalian..

sedikit post untuk jadual sekarang~

skg dah dalam sem 2..
n kat kuliah doktor seme tgh ngajar nk habiskan topik..
bulan depan exm assesment n start exm final!
n exm n exm n exm..
subhanallah..
n insyaAllah ade rezeki pastu nak balik mesia~
kelas tutorial oleh doktor gamaah..
tuisyen..
kelas tafaqquh (sayang sgt kalau xpergi)
n 2 hari yang lepas menghantar kepulangan LIYA kat airport Cairo tuk balik Mesia..
huhu (ni memang part yang sgt sedih)
kuat2 yer bebudak yt!
n sebelum liya balik..
n gathering seme budak yt 1st year medik (kalau x, xdenye..huhu)
n ape lagi yer?
emm n tugas2 lain sebagai seoarang manusia yang penuh dengan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah..
(Quran jangan lupa)
~amanah sampai mati (pesanan us.jihadi~huhu ingat lagi)

selamat berjuang dalila n kawan2!
chaiyok2!!
semoga same2 sukses!
nak balik Malaysia kan?
nak3....
huhu

akhir kalam..

salam mujahadah buat semua sahabat walau di mana sahaja anda berada!

May ALLAh bless u all :p

insyaAllah..

Saturday, March 6, 2010

Aku Cinta ALLAH




~jom menghayati lirik lagu ni :)


Aku sayang ALLAh...
Aku rindu ALLAH...
Aku cinta ALLAH........

Friday, March 5, 2010

Purifying your Soul..

Assalamualaikum..

In the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful ^,^

Alhamdulillah..

diatas segala nikmat yang Allah masih berikan kepada kita..

nikmat iman dan Islam..

nikmat kesihatan..

nikmat berkasih sayang.....alhamdulillah..

hari ini, bersempena dengan SC Mega yang dianjurkan oleh UPI Mansurah tadi kat dewan banat..
tergeraklah ana untuk berkongsi sedikit isi2 ceramah pada pagi tadi.. =)
supaya ianya menjadi inzar untuk kita bersama..insyaAllah..

ceramah atau tazkirah pertama pagi tadi adalah Tazkiyatu Nafs

iaitu kesucian hati..

kerana sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di anatara kamu..

semoga kita tergolong juga..insyaAllah

ustz juga ade pesan modal kita yang ade sekarang adalah MASA.

mksudnya kita kenelah guna mase itu sebaiknya.
agar kita tidak menjadi orang2 yang rugi.

bak kata Imam Hasan Al-Banna,

alwajibatu aksaru minal auqoot..'kewajipan itu lebih banyak daripada masa'

=(

itulah hakikatnya..
jadi kita kenelah berusaha untuk menguruskan masa dengan baik..

insyaAllah..

then, ade lagi..

sesungguhnya bila seseorg anak Adam itu tidur, terdapat 3 ikatan syaitan di kepala anak Adam tersebut..

so, macamane nak bukak?

1. berdoa bile bangun tidur
2. berwudu'
3. solat sunat 2 rakaat

bila terbuka semua ikatan insyaAllah kita akan menjadi orang yang cergas pada hari tersebut..

ok, sekarang nak masuk sket pasal mensucikan hati..

sebab2 hati mati oleh Imam Hasan Al-Basri.

1. sengaja berbuat dosa walaupun tahu ianya dosa
2. mengajarkan ilmu tetapi tidak mengamalkannya
3. amalan yang tidak ikhlas
4. makan makanan & rezeki Allah tetapi tidak bersyukur
5. tidak pernah puas dengan harta & nikmat yang Allah berikan
6. mengikuti pengebumian jenazah tetapi tidak mengambil pengajaran

emm, xikhlas..?
kenapa x ikhlas..kalau x ikhlas maksudnya buat sesuatu bukan kerana Allah..
abis tu..??
huhu

then nk cite sket..adakah kita RIYA'

apa itu riya'

iaitu melakukan sesuatu amalan kerana manusia dan meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia...

subhanallah..

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيراً مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Al-A'raf :179

antara cara nk bersihakan hati

~iaitu zikrullah..sentiasa mengingati Allah

semua bani Adam melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilpaan itu ialah orang yang bertaubat kepada Allah.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."


Al-Baqarah : 186

sekadar perkongsian dan peringatan bersempena Sayyidul Ayyam..

asif kathir di atas point yang x teratur, huhu =(

tadi ade ,masalah laptop sket ( ni dah kali kedua taip semula nk buat post ni...huhu )


sekadar itu sahaja untuk kali ni..

selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w. kekasih Allah bersempena Maulid Nabi baru2 ini..

selamat meneruskan selawat ke atas Nabi..

semoga kita mendapat syafaatnya di akhirat kelak insyaAllah..

:)