Tuesday, July 3, 2012

ISTIQAMAH kah?

Bismillah wal hamdulillah :)

Alhamdulillah masih lagi bernyawa hingga ke saat ini. Perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan ini. Cuma kadang-kadang kita tak tahu selama mana umur kita mampu untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Memang perlu sangat berdoa kepada Allah supaya dipanjangkan umur dalam ketaatan kepadaNya. AllahuRabbi.

Seperti sekarang, dua bulan exam, kelas madrasah agama hanya seminggu sekali, tu pun jika tiada kelas yang batal, walaupun hakikatnya dah jadi macam sekali dalam dua minggu sebab banyak kelas batal (ustaz fi mushkilah), ooh sungguh merana kadang-kadang terasa. Perlu mujahadah untuk topup iman. huhu. Bila musim exam je, suasana memang akan berubah, sebab program-program tawaquf, kuliah dah takde, kelas agama sikit, nak keluar rumah malas *_*

Kalau waktu kuliah dulu-dulu, tak bertembung dengan exam final, keadaan Markaz Perubatan Mansurah ni dah jadi macam pesta---> kelas agama, pusat meeting, kelas tutorial, pusat ekonomi dan macam-macam lagi.

Urmm mungkin tu lah antara point jugak bila musim exam, MALAS~ so, bila takde aktiviti sangat dekat luar, maka jarang keluar rumah, maka jaranglah berziarah. Ish3 tak eloknya rasa. Apapun, untuk menempuh musim exam yang pelbagai perasaan ni, kekuatan jiwa sangatlah penting.

Kekuatan jiwa = Tarbiyah ruhiyah.

Dulu-dulu masa belajar tarbiayah ruhiyah maybe rasa oo aku kuat je insyaAllah. Tapi bila dah macam ni memang kene banyak mujahadah. Apatah lagi nak diidk hati supaya sentiasa dalam mood berjuang. AllahuRabbi.

Apapun saya bersyukur, di musim imtihan ini kadang-kadang ada yang sudi ajak untuk meeting atau buat perbincangan dan sebagainya. Saya tahu mereka-mereka ini cuba sedayanya untuk mengelak bertembung dengan waktu exam saya, dan saya akan cuba jugak untuk hadir. Walaupun kadang-kadang kehadiran saya bukanlah satu signifikasi yang besar, tetapi berada bersama-sama mereka yang berjuang mengingatkan semula saya pada kerja-kerja dakwah.

Ya, kerja-kerja dakwah tak akan pernah terhenti.

Huhu tetiba jadi sebak bila cakap soal istiqamah.

saya mohon moga Allah thabatkan saya dan sahabat-sahabat dalam ketaatan kepada Allah,dalam berjuang di medan amal Islami.

Semoga Allah Redha.

-------------------------------------------------------------------------------------

Teringat satu tazkirah masa di Darul Quran dahulu,
walhal Tuan Guru Hj Abdul Hadi sendiri tidak membenarkan untuk ditulis buku tentang beliau berkaitan istiqamah, kerana kata beliau kalau nak tahu seseoarang tu istiqamah adalah apabila seseorang itu meninggal dunia.

Kita apatah lagi. Moga Allah beri kekuatan untuk thabat sampai akhir hayat.
Cita-cita tertinggi tetap adalah mati syahid.
Walaupun tersangat takut dengan fitnah akhir zaman.

Allahu Allah.

"Allahumma thabit qulubana 'ala dinik wa'ala to'atik"

Ameen Ya Allah.


Ameen!

Ameen!




No comments: