Friday, June 29, 2012

Baba has passed away

Bismillah wal hamdulillah.

InsyaAllah hari ni saya nak post pasal satu perkara, about our baba.
Our landlords here.

Baba has passed away since 26th of June, yakni one day before we got into written exam paper 2 for pathology and one day after Dr Morsi was announced as a new president of egypt. huu -.-


Setelah hampir dua tahun mendiami imarah ini dan rumah kami berhadapan dengan rumah baba di tingkat 6 ini.

Baba ni sangatlah baik orangnya dengan budak Malaysia.
Imarah(bangunan) yang kami duduki sekarang adalah semuanya didiami oleh pelajar Malaysia. Baba kata dia memang suka sewakan rumah kepada orang Malaysia sebab orang malaysia pandai jaga rumah.

Baba selalu menunjukkan akhlak baik kepada kami, paling saya suka dan terharu, apabila kami bagitahu yang kami akan ada exam, baba akan terus berdoa untuk kami dan kami akan mengaminkan doa dari baba. *antara sifat sesetengah orang Arab yang saya suka sangat*

Pernah sekali tu juga, waktu baba balik masjid solat Isya', baba sembang dengan kami, bagi kami makan balash(kurma muda), kami semua malu-malu ambik sebiji sorang. tapi baba suruh jugak kitaorang ambik banyak-banyak. hinggalah kitaorang ambik 3 biji sorang. sedap juga rupanya balash ni. dah jadi buah favourite dah.

Baba juga selalu pesan, studi well, sleep well, eat well, and most important read Al-Quran well

huhu baba..

Baba ni juga adalah orang hebat, dan selalu bagi nasihat guna ayat Quran (orang Arab memang ramai hebat macam ni). Pernah dulu jadi translater semasa perjumpaan pemimpin Mesir dan Dr Mahathir (ni sebab baba selalu cerita)


Baba juga suka makan keropok keping Malaysia, makanan Malaysia yang lain keluarga baba tak suks, maybe tak ikut citarasa, tapi keropok ni diaorang suka. Tapi mereka tak tahu macamane nak makan. dan kamilah yang selalunya gorengkan keropok yang orang bagi kat keluarga baba. +_+

Banyak lagi kalau nak cerita kisah berjiran dengan baba.
Ni tak termasuk lagi kisah berjiran sewaktu detik-detik revolusi, evakuasi dulu-dulu.
huu..

Mama isteri baba juga baik, selalu bagi makanan Arab ^^
Tapi baba lagi peramah.

mereka berbuat baik kepada kami jiran-jiran mereka yang merangkap saudara asing dibumi mesir ini.
-------------------------------------------------------------------------------------

sengaja mengpost tajuk ni supaya menjadi ingatan.

Pada diri saya, saya tak pernah menghadapi kematian orang yang terdekat dan kematian baba ini bagi ibrah buat diri saya.

InsyaAllah semoga segala kebaikan baba akan mengalir selagi mana kami mengamalkan amalan-amalan yang baba pertunjukkan.


Firman Allah SWT maksudnya :

"Wahai jiwa yang tenang. (QS. 89:27)

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. (QS. 89:28)

Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku (QS. 89:29)

dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (QS. 89:30)

(Surah al-Fajr (89) ayat 27-30)




Innalillahiwainnailaihirojiunn.
Al-Fatihah.



~Arwah baba Mostafa Ateff~
*gambar dari anak baba*



2 comments:

dianas said...

may Allah bless his soul..

hidayah azman said...

alfatihah..sedih dengar cerita ni.aritu dayah tengok post korang pun sedih jugak.semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman.ameen