Saturday, November 26, 2011
Tuesday, October 11, 2011
Sekadar bercerita ^^
Sudah hampir dua minggu saya dan sahabat seperjuangan menjadi pelajar tahun 3 perubatan. Alhamdulillah. Walaupun kadang-kadang kepala masih pening-pening lalat semasa belajar memandangkan subjek tahun ini adalah subjek baru bagi kami.
Pening tapi seronok. Perasaan minat kepada semua subjek perlu ditanam untuk memudahkan proses pembelajaran. Cuma saya masih belum dapat membezakan subjek ape yang paling saya minat memandangkan sekarang ni doktor baru nak stat betul-betul mengajar. Kalau tahun-tahun sebelum ini, anatomy memang menjadi pilihan. hehe.
Dan moga sahabat-sahabat yang menunggu result dur thani mendapat kejayaan yang cemerlang. Kami tak sabar menunggu kalian untuk berjihad bersama di Tahun 3. InsyaAllah kullu najah! :)
Adik-adik baru juga telah selamat tiba. Alhamdulillah. Seronok tengok keadaan mereka yg baru hendak mengenali mesir. teringat keadaan kami pada suatu masa dahulu. Sebagaimana mushrifah menyambut kami dahulu. begitu juga diterapkan kepada senior-senior semasa menyambut ketibaan adik-adik. Semoga adik-adik dapat mengambil segala mutiara di celah-celah pasir berdebu di bumi mesir ini, insyaAllah. Sebagaimana kami rasa, kami juga ingin adik-adik merasainya.
Apatah lagi, perasaan semalam sangat gembira, apabila Madrasah Imam Nawawi penuh dengan pelajar, adik baru pn ramai, sampai saya sendiri duduk di muka pintu(*satu sbb dtg lmbat, baru habis kelas revision) n saya tak mampu nk duduk dengan selesa, hanya dapat duduk dengan kaki berlipat. btw, bersesak-sesak dalam majlis ilmu yg dipayungi rahmat malaikat itu kan lebih baik daripada bersesak di pasar-pasar ke..iye tak..^^
Cumenya, apa yang saya tak selesa sekarang, saya rasa saya sangat tak pandai nak arrange masa bile di rumah. *bukan nak bercerita cume sekadar muhasabah* saya agak melayan-layan kepenatan diri. konon-konon tak cukup rehat. Pastu mulalah bila ada masa je nak tidur lebih-lebih. Sebenarnya tak bolehlah macam tu kan. Allah kan suka mukmin yang kuat. Ermm, kalau cek sepuluh sifat fardu muslim tu pn mesti banyak tak lepas. takpe, muhasabah. mane ade orang iman maintain 24 jam.
Saya nak jadi orang yang kuat *walaupun kekuatan saya sekarang tak seberapa,boleh tersungkur bebile* :( Apabila saya bnyak waktu lapang, saya mula merindui mereka yg memtarbiyah saya. Ya Ukhti, kuatkan semangat. Allah itu ada. Allah tahu apa yang layak untuk hambaNya. Janji Tuhan tak pernah padam.
InsyaAllah saya akan cuba mencari kekuatan diri. Rugi buang masa waktu yang terluang. InsyaAllah, ukhti sila jadi orang yg suka studi, suka baca buku ilmiah, bermanfaat kepada orang lain.......and last but not least, sila rajin iadah. InsyaAllah. ^^
*saya assume xde orang bace post ni* huhu
*nak balik sekejapppp je jenguk umi boleh x?* huhu
Thursday, September 22, 2011
Si dia hanya reply..
"Orang yang mengenal Allah dengan ilmu seperti orang yang mendengar tentang gula tetapi belum merasainya, orang yang mengenal Allah dengan hati seperti orang yang merasa gula & sering terasa manisnya..ni hadiah balasan rindu" ♥
syukran uda asilah! :)
Kalaulah saya boleh forward mesej rindu kat semua sahabat....urmmm....
Semoga kalian sentiasa dalam rahmat Ilahi ^__^
Monday, August 29, 2011
Selamat Hari Raya.

Saturday, August 27, 2011
Saturday, August 6, 2011
Must Read!
dari Mansurah.....
Sunday, July 24, 2011

Bismillahirahmanirahim...
Saturday, July 16, 2011
Friday, July 15, 2011
No title~
Tuesday, July 12, 2011
Cinta Allah yang abadi...
Tidak Dipandang dan Tidak Memandang.

hayatilah…
Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang
Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!
Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula
Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!
Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal
Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur
Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan
Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang tidak soleh
p/s : puisi ini mmg sengaja di copy…
Wahai adik2 muslimah marilah mengambil iktibar,
jadilah muslimah sebenar,
jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.
sampaikanlah pada sahabat2 kalian
sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini
Terima Kasih kepada penulis puisi ini.
(ini hanya sebuah kisah)
note : seringkali kita sebagai muslimah lupa akan hakikat ini. Fitrah manusia terutama pabila menjadi gadis yang sedang meningkat dewasa untuk kelihatan cantik dan sentiasa dipandang orang. Apatah lagi apabila menjadi sesorang yang diminati ramai.
Ingatlah wahai saudari muslimahku, wanita yang baik adalah wanita yang tidak dipandang dan tidak memandang.
Biarlah kecantikan kita hanya dilihat oleh seseorang yang bernama suami.
Tidak rugi apabila kita menjaga maruah, bahkan akan makin tinggi martabat seorang wanita itu.
*cantik xbermaksud cantik lahiriah sahaja. kerana semua orang dikurniakan cantik dalam erti kata yang tersendiri. ianya subjektif.
wanita solehah itu lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
Tuesday, July 5, 2011
Friday, July 1, 2011
Take 5~ Tazkiyatun Nafs..
Wednesday, June 29, 2011
Q : Bolehkah berdoa supaya dipercepatkan mati.
Tuesday, June 28, 2011
New Info =))
MENURUNKAN KOLESTEROL
Jika anda menghadapi masalah kolesterol tinggi, minum teh hijau boleh membantu mengurangkan risiko serangan jantung. Kajian mendapati bahan catechin dalam teh hijau dapat mengelak pembekuan darah dalam pembuluh darah. Selain itu, teh hijau telah didapati untuk berupaya mengurangkan tahap LDL yang merupakan kolesterol tidak baik dalam darah. Ia sekali gus mengawal nisbah kolesterol tidak baik kepada kolesterol baik pada peringkat yang optimum.
MENURUNKAN BERAT BADAN
Teh ini akan membantu proses thermogensis - proses yang mengawal kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita. Polifenol dalam teh hijau didapati mengoksidakan lemak. Tabiat meminum teh hijau dapat meningkatkan tahap metabolisme dan ini akan menghasilkan penurunan berat badan yang lebih cepat. Teh adalah minuman berkalori rendah jika dibandingkan dengan minuman yang biasa kita minum semasa sarapan. Berbanding meminum kopi, meminum teh akan merendahkan pengambilan kalori harian anda.
GIGI YANG SIHAT
Fluorida adalah baik untuk gigi dan teh hijau didapati mempunyai kandungan fluorida yang banyak. Fluorida membunuh bakteria di dalam mulut yang menyebabkan plak dan akan membantu menjaga kesihatan gigi secara umum. Meminum kopi akan meninggalkan warna kuning pada gigi; di sebaliknya, meminum teh hijau memperbaiki keadaan gigi anda.
PENCEGAHAN KANSER
Aktiviti radikal bebas adalah salah satu penyebab kanser. Dengan meminum teh hijau dapat memberikan manfaat antioksida kepada tubuh kita. Radikal bebas adalah penyebab kanser sebagaimana disebutkan dalam proses penuaan tubuh. Polifenol dalam teh hijau akan memburu radikal bebas dan mencegah pembentukan oksigen tidak stabil yang disebabkan oleh radikal bebas; radikal bebas boleh merosakkan sel-sel sihat dan seterusnya menyebabkan penyakit kanser, serangan jantung bahkan stroke. Meminum teh hijau akan mencegah pembentukan sel-sel abnormal di dalam tubuh kita.
KESIMPULAN
Teh mempunyai banyak manfaat sebagaimana disebutkan di atas seperti mengurangkan kanser, serangan jantung dan tahap kolesterol LDL yang tinggi yang merupakan pembunuh manusia di zaman moden ini. Maka, minumlah beberapa cawan teh hijau sehari bagi mengurangkan risiko anda.*tetibe je post pasal green tea ni, btw semoga bermanfaat..
~ALLAH YANG MAHA MENYEMBUHKAN..setiap penyakit ada penawarnya..insyaAllah.
mode : 2 Julai exam Anatomy..Allahuyusahhil!
Friday, June 24, 2011
Hamalatul Quran...
Terngiang-ngiang di telingaku ungkapan kata yang penuh makna, yang hanya dapat dihayati oleh hati-hati yang suci. Wasiat Ibnu Mas’ud yang berbunyi..
“…seharusnya bagi seorang Hamlatul Quran itu mengetahui…
malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang
sia-sia, dan khusyuknya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia…”
Aku merenung sejenak, Hamlatul Quran…begitukah aku?
Kata-kata itu mengetuk fikiranku, menyentuh hatiku, menyedarkan aku dari lamunanku, betapa Hamlatul Quran yang hakiki adalah insan-insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan, mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dalam keperitan..Baru ku sedar, Hamlatul Quran..kau luar biasa!
Tatkala ku imbas kembali kisah silamku yang penuh dengan kelalaian, kealpaan, keseronokan seperti orang-orang kebanyakan, sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dengan diri yang dhaif ini..
Namun… Kau anugerahkan jua aku kemuliaan ini, menjadi salah seorang insan pilihanMu, di dalam dunia Hamlatul Quran yang penuh dengan janji-janji manis di akhirat nanti.. ibu bapaku bakal Kau pakaikan dengan mahkota sebagai hadiah pengorbanan mereka mendidik ku mengenali kehidupan insani.
Tidak mahukah engkau dibangkitkan dengan sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah yang berseri-seri? Hamlatul Quran, alangkah beruntungnya dikau..!
Sahabat-sahabat Al-Quran, sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu? Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi? Ataukah manusia yang yang masih bertakhta di sanubari? Ataukah kasih manusia yang masih kau dambai? Pernahkah kau rasakan
Al-Quran itu teman sejati? Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi..yang implikasinya tidak sama dengan realiti kehidupan Hamlatul Quran?
Sahabatku… ingatlah, kita dipertemukan kerana Al-Quran, ukhwah mahabbah yang terjalin ini atas nama Al-Quran, dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran.
Ya Allah, jadikanlah aku seorang Hamlatul Quran yang sejati dan hakiki, sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi. agar kehadiranku di dunia ini dihargai. Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri. Sesungguhnya kehidupan di dalam dunia ini sungguh indah tidak terperi dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati. Lantas itu, ku pinta padaMu Ilahi, agar saat-saat akhir hayatku, alunan kalamMu jua yang mengiringi pemergianku.
Saturday, June 18, 2011
Cintailah Ilahi..

Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicita
Kerna cinta
Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta
Ingin bersama sepanjang masa
Tetapi pastikah cintamu dihargai
Mungkinkah si dia? kan tetap setia
Setelah kau serah jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan kan? tidak dihancurkan
Jika kau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu akan layu
Jika kau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia kan pergi
Jika kau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika kau mencintai Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com
Friday, June 17, 2011
Monday, June 13, 2011
Friday, May 20, 2011
Speechless~
Saturday, April 23, 2011
Allah knows....Allah knows.....
Allah knows lyrics
When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows
When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows
CHORUS
No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows
When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows
When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows
CHORUS
When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows
You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows
CHORUS (x2)
BRIDGE:
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows
Allah knows everything....
Thursday, April 21, 2011
Hafiz Quran yang Sibuk..
(by Ust Muhadir)
*copy from blog kak afzan (mencari semngat)
Monday, April 18, 2011
Ketenangan..
Tuesday, April 12, 2011
Saturday, April 2, 2011
Wednesday, March 30, 2011
sabar !
Monday, March 14, 2011
A Journey :)
Thursday, January 20, 2011
Tazkirah bersama~
“Jalan dakwah adalah jalan yang satu. Diatas jalan inilah Rasulullah dan para sahabat baginda berjalan demikian juga kita dan para pendukung dakwah berjalan dengan tawfiq dari Allah. Kita dan mereka berjalan berbekalkan dengan iman, amal, mahabbah dan ukhuwwah. Rasulullah menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka diatas dasar cinta dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman dan kekuatan aqidah dengan kekuatan persatuan. Jadilah jemaah mereka jemaah contoh tauladan. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya mesti menang walaupun ditentang oleh semua penghuni muka bumi ini.”
(Syeikh Mustafa Mashyur)
notes : doakan saya, exam masih berbaki 3 paper lagi..
semoga kita semua terus thabat
"Allahumaya muqollibal qulub, thabit qulubana 'ala dinik wa'ala to'atik"
merindui kekasih Allah, Muhammad Rasulullah....