Monday, March 14, 2011

A Journey :)

Bismillah.

Alhamdulillah.

Dah lame sangat saya x mengupdate blog.

Sibuk? tidak ler, tp mungkin saya yang tidak pandai untuk managekan masa saya pd cuti kali ini.
Agak merugikan. atau boleh dikatakan memang banyak rugi.

Sekadar bercerita berkongsi rasa.

xtahu nk mula dr mane. mungkin boleh stat dengan kisah semasa saya masih di Mesir
lagi.

Mansoura, 26hb Feb
Alhamdulillah, harini hari last exam midterm. syukur. winter break bermula. cuti selama 2minggu yang memang ditunggu-tunggu. sebelum ni, kuliah pack, cuti pd hari Jumaat, dan cuti Jumaat yang biasa diisi dengan aktiviti luar. Exhausted! Jadi cuti sememangnya sangat ditunggu-tunggu.
Perancangan bersama sahabat Nur Ain ^_^ cuti kali ni kami nak join diskusi kitab Tasawuf & melawat Alex. (asalnya nk join attachment kat hospital gamaah, tp xde rezeki T_T )
Kita merancang, Allah juga merancang. Dan tiada siapa yang boleh menandingi perancanganNya.
Cuti kami di minggu yang pertama hanyalah berkurung di dalam rumah :)
alkisah
29hb housemates saya dan beyt yokies semua berangkat ke......Europe. melancong merehatkan minda =) asalnya saya nk ikut, tp rasa macam xdapat feel nak pegi. jadi saya cancelkan. teringin nak ikut program kat Mesir je waktu tu.
Duduklah saya seorang kat rumah, Ain teman ^_^ kadang-kadang duduk rumah dia, ada Najwa n Kak Ana.
29hb kecoh internet dah disekat, sms xboleh, call ke luar daerah pn xdapat. saya pn xdapat nk jejak kwan2 yang ke airport.
Bila malam, kecoh dengan rusuhan dekat rumah saya. intai kot beranda rumah pn boleh nampak ;(
and dapat perintah berkurung.

5hb Feb, proses evakuasi
3.00am, saya dan rakan-rakan kawasan Syari' Ahmad Maher mula berpindah untuk ditempatkan di bangunan Mara di Alex untuk menunggu turn evakuasi.
perjalanan yang biasa mengambil masa 3jam jadi 6jam. Masyallah.
and best, lagi rapat ukhuwah dengan sahabat2 lain.

7hb Feb, Jeddah
Kami tiba di Jeddah dengan pesawat tentera a.k.a CHARLIE. saya memang teringin nak naik charlie sbb dari perkhabaran cerita pesawat ni xde seat. apatah lagi seatbelt. semua kene duduk atas lantai je n duduk dalam keadaan padat. so sahabat kita adalah seatbelt kepada kita ;)
ukhuwah2 ! hehe
naik skali nak rase macam mane, tak mboh doh..huhu
saya sempat tinggal di Jeddah selama 7hari 6malam. huhu. tiap2 hari kira bila turn dapat pulang. and akhirnya... saya trip terakhir. lasst. alhamdulillah, suka dalam terharu. ada hikmah disebalik semua ni :)
Di Jeddah, kami sempat berliqo' mentor 4kali. alhamdulillah. syukur sangat. semua bagi komitmen. at least masa kami terisi juga dengan perkara yang berfaedah.
kat sini, berkenalan pula dengan sahabat2 dr muhafazah lain. lagi istimewa, sahabat baru saya kenali di Jeddah telah selamat mendirikan rumah tangga. alhamdulillah !
tahniah Ikah !

14hb Feb, Malaysia.
Alhamdulillah di Malaysia, jumpa keluarga tercinta :) alhamdulillah.

28hb Feb, DARUL QURAN !
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. akhirnya saya sampai lagi ke DQ. sangat rindu. musafir bersama Ummu, then jumpa Hidayah di KL. jumpa adikberadik yang tinggal di DQ. sangat terharu dengan layanan mereka.
jumpa anak usrah. kami panggil 'kakak'. kakak ni OKU penglihatan. tp sangat tabah. dah hafal 10juz gune Al-Quran braille.

29h, UIA Gombak.
Hari ni, perjalanan diteruskan ke UIA Gombak semata-mata nak jumpa adikberadik yg dirindui. sangat rindu. kerana pada suatu ketika dulu kami pernah berukhwah kerana Allah.

note : ni antara journey cuti ini. macam bebudak bercerita pulok rase tulis macam ni.
huhu, xpelah at least update juge blog ni.

semoga setiap perjalanan memberi seribu pengalaman yang berharga untuk mendepani perjalanan yang masih jauh. bak pesanan seorang senior, tarbiyah direct dari Allah.
InsyaAllah !


4 comments:

'Aishah Jauhara said...

:)

ieylanor said...

=)

nurulhusna said...

tapi kita tak terjumpa.. asif sangat.. nak jumpa waktu kat KL central tu, tapi ade musyaqqah laen.. harap2 kita berjumpa, bukan terjumpa. =)

kenang daku dalam perjalanan hidupmu. =)

ieylanor said...

insyaAllah..smoga suatu hari nanti :)