Sunday, July 24, 2011


Bismillahirahmanirahim...

Allah.
hati menjadi sayu apabila mengenangkan Al-Quran.
Allah, saya masih jauh dengan Al-Quran.
Masih banyak isi Quran yang saya xingat.
Saya tidak mahu menjadi orang yang ditinggalkan Al-Quran.
Wahai AL-Quran, aku ingin ianya dekat di hati.
Terasa begitu rindu untuk betul-betul bermujahadah dengan Al-Quran seperti dahulu.
Nak duduk kat DQ lagi. pi kelas tasmi', iadah kat Masjid, iadah sebelah tasik.
Tasmi' dengan sahabat2. Rindu suasana iadah di Masjid DQ.
Keadaan sekarang jauh berbeza.
Untuk iadah perlukan mujahadah. Penat itu pasti.
Untuk membahagikan masa belajar ilmu medik, mengulang Al-Quran & melaksanakan tugasan2 seorang hamba yang lain.
Namun, Subhanallah Alhamdulillah ianya adalah antara nimat terbesar yang pernah saya miliki.
Seperti xpercaya diri ini diberi peluang oleh Allah untuk pernah menghafal kalamNya.
Terasa diri ini begitu kerdil. Tidak layak. Tidak mampu.
Namun Allah bagi jugak. Allah Maha Kasih terhadap HambaNya.
Malu dengan Allah yang Maha Pemurah.
Al-Quran itu hebat.
Saya ada terbaca di blog seorang sahabat. Nisbah orang yang ingat Al-Quran dan orang yang menghafal Al-Quran seperti 1:100 atau 1:1000.
Allahurabbi, jauh sekali untuk saya tergolong dalam golongan yang satu itu.
Muhasabah.
Kebelakngan ini, ramai sahabat2 yang tulis entry pasal Al-Quran. Hamalatul Quran. Jalan Mujahadah. Konsisten dalam iadah.
Terima kasih kalian, kerana sehingga ke saat ini, masih terasa aura nasihat tersebut walau hanya kata2 yang dapat dibaca.
Tekad di hati untuk merebut peluang cuti summer ini untuk betul2 menumpukan pada Al-Quran.
Biar sedikit tetapi biarlah melekat di hati.
Saya rindu pada Al-Quran. Rindu yang teramat.
Biarlah rindu saya ini subur pada setiap masa dan ketika.
Bukan ketika tangan ini menaip kata2 sahaja.
Ameen Ya Allah.

salam mujahadah sekencang dakwah~

doa kat blog adik, xsalah berkongsi :)

"Ya Allah Ya Rahman, hadiahkanlah aku seorang IMAM yang CINTA pada QURAN dan cinta pada PERJUANGAN ISLAM. Moga-moga dia menjadi wasilah aku tsabat dalam jalan Quran, tsabat juga dalam PERJUANGAN. Dan kekalkan kami di jalan kebaekan menuju JannahMu. Ameen..."

ameen Ya Allah...


1 comment:

Unknown said...

moga di akhirat nanti. hafizah inilah yg akan menarik tgn2 ahli keluarga nya. juga moga dri ku akan seperti drinya. ameen=)

xpa. nak try hapai. xmampu la nampaknya. T_T