Friday, June 1, 2012

Bismillah wal hamdulillah :)

Kadang-kadang bila Allah datangkan ujian, kita perlu bersyukur kerana Allah masih mengingati diri kita dan ingin meningkatkan iman dan darjat kita di sisiNya.

Tetapi lumrah manusia bila ditimpa ujian lemah semangat kurang pergantungan pada Allah asyik nak mengadu pada manusia.

Tapi takpe kalau kita dah tersedar semula tu cepat-cepatla bawa bertaubat. *heh*. takdela, maksudnya cepat cepat la cari semula Allah. Allah yang bagi masalah pasti Allah juga yang akan selesaikan masalah tu.

Komunikasi dengan Allah tu sangat best! Percayalah! ^^

Kalian punya masalah yang besar? Lupakah bahawa kalian punya Allah yang Maha Besar? ^^

Dah belajar fiqh aulawiyat pun masih tak tahu nak buat keputusan bila kedua-duanya aulawiyat yang sangat besar =_=

Takpe...Allah itu ada.

Doa dan istikharah banyak-banyak mohon petunjuk dari Allah semoga Allah guide segala keputusan yang di buat. insyaAllah ameen.

Ingat nak call umi sebab bila studi je asyik tak dapat nak fokus, tapi baru je beberapa hari lepas call umi, macam takde idea je apa lagi nak sembang =_=

Next exam is microbiology! uhh, pls microb, come to me pls~~

last!

Salam Sayyidul Ayyam

Jangan lupa baca Al-Kahfi dan banyakkan selawat dan sekarang bulan Rejab, banyakkan beristigfar insyaAllah banyak fadhilat yang besar ^^

today also---->> Perhimpunan Hijau di Kedah menuju Putrajaya!

semoga Allah mudahkan dan beri kekuatan ameenn

Rabbunayusahhil :)

No comments: