Saturday, August 6, 2011

dari Mansurah.....

Bismilahirrahmanirahim...

Alhamdulillah, sekarang sudah masuk hampir 3 minggu setelah saya dan sahabat-sahabat menghabiskan exam final Tahun 2. Exam final yang bermula seawal bulan 5 lagi bermula dengan exam praktikal, then written, mcq n oral. Akhirnya berakhir pada 20hb Julai. lama kan? hampir 3 bulan kot. huhu.

Berakhirnya exam, pelbagai program menanti kami. Paling awal sekali selepas exam, kami akhowat Medicseeker main sukaneka. Walaupun saya tak main sebab jadi salah seorang Ajk pelaksana sukaneka, tapi gembira bila tengok kawan-kawan sume happy. Alhamdulillah. Semua orang main lepaskan lelah studi. Lupa sekejap pasal buku-buku :D Malam esoknya pula, ada jamuan batch Medicseeker. Siang hari before jamuan tu, saya jd assistant kepada tokey nasi tomato~wansyazdiana.(if u read lah) hehe. Jamuan yang enak tapi xleh makan banyak sebab perut dah masuk angin. huhu. Alhamdulillah, masa malam jamuan tu saya dapat cabutan bertuah! hehe, jarang2 bertuah sebenonye ;p dua hari program berturut merapatkan lagi ukhuwah di antara kami. that's why lah makin hari makin sayang pada akhowat medicseeker! ukhuwah never end! InsyaAllah :)

Bersyukur sebab masih dipertemukan dengan Ramadhan pada tahun ini. Alhamdulillah. Tahun ni berpuasa di perantauan lah dengan sahabat-sahabat :) Kalau waqi' kat Mesir akhowat xboleh pergi masjid demi menjaga keselamatan. jadi, kami akhowat buat jemaah Terawih sendiri kat rumah. Agak sedih tapi kene akurlah demi kebaikan. Kadang-kadang agak jealous pada ikhwah. Diaorang kate kalau bulan Ramadhan kat Mesir, masjid-masjid mesti penuh dengan jemaah macam solat Jumaat! Nak tengok suasana tu, tapi kalau dah waktu solat, xdelah pulak kami nk g main-main kat luar. Xpelah, semoga dapat tengok nanti.
Kat Mansurah, boleh dikatakan setiap hari ada program. Pagi mahupun petang. Madrasah Imam Nawawi esp. amatlah rugi kalau xdatang. Alang-alang dah duduk negara anbiya', cubalah untuk kutip ilmu sebanyak yang mungkin. Yang ni, semuanya bergantung pada diri. Kalau ada kemahuan jalan sudah terbuka, hanya hadirkan diri anda =) Alhamdulillah seronok sangat. At least, bila masa banyak terisi, xdelah banyak masa untuk memikirkan perkara-perkara hati sangat. huhu. ~~~

3 Ramadhan yang lalu pula, program khas untuk kami tahun 2 iaitu LIFE2 yakni Love Islam For Eternity :) diskusi topik Modern Jahiliyyah of 20th Century dan Mendidik Jiwa. Pengisian yang mantap dari seniority. yang ni kalau ada masa n masih ingat, saya update lain. InsyaAllah.

Sekarang fatrah berdebar kembali lagi. Result bakal keluar. Doakan saya dan sahabat-sahabat najah. Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Beberapa kali result exam ditunda, mungkin ada hikmahnya. Allah bagi peluang lagi untuk kita berdoa. esp di bulan yang penuh berkat ni. Teruskan bertawakkal pada Allah pada setiap masa dan ketika. Allahuyusahhil! Rabbunayusahhil!

*rajin pulak kali ni update panjang2**

Btw, miss my family so much :( Bukan xnak balik, tapi ada yang perlu di utamakan. Hanya Allah yang dapat menjaga ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga yg lain dengan sebaiknya. Kalau cakap tepon dengan umi, kalau dah sampai topik menyentuh hati mesti cepat2 tukar topik. Huhu. *takot menangis*

Ilalliqo'.

Salam Ramadhan Kareem..Allahu Akram.

3 comments:

munirah.zulkifli said...

ude..medicseeker tu apa..

ieylanor said...

aniq, medicseeker tu name batch medik kitaorg kat sini :) mcm kelakar kan name tu, huhu

laile said...

kak dalila!

saya medicseeker gok!

haha