Saturday, September 12, 2009

Berhati-hati Menjaga HATi...

Kata Imam Ghazali: "Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak ditemui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

MasyaAllah....sama-sama kite renung-renungkan.

Bagaimana mengesan penyakit hati?? ~hati kita sihat atau sakit?

Panduan Ibn Ata'illah untuk mengesan penyakit hati:-
"Sebahagian daripada tanda matinya hati,iaitu jika tidak merasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika terbuat suatu perlanggaran dosa."

Rasullullah menegaskan:-
"Siapa yang merasa senang oleh amal kebaikannya, dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang mukmin (beriman)." (riwayat al-Tabrani)

Mari kita perincikan tiga kaedah yang di katakan oleh Imam Ghazali ini :
1. Membaca Al-Quran
"Diturunkan kepadamu Al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat serta penawar...."
(Surah Al-Isra' 17:82)
2. Mendirikan Solat
"Jika kamu ingin Allah 'bercakap' denganmu maka, bacalah al-Quran kerana al-Quran ialah ayat-ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu pula ingin 'bercakap' dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah"
3. Mengingati Mati
Sabda Rasullullah s.a.w.: "Orang yang paling cerdik ialah mereka yang selalu mengingati mati."
(Riwayat al-Baihaqi)

Sekiranya kita mempunyai dakwah dan tarbiah yang berterusan...insyaAllah kita dapat menjaga HATI serta diri kita yang hina lagi dhaif ini.

Peringatan utama untuk Nordalila Ghazali :)


No comments: