Wednesday, September 16, 2009

TaZkiRah akHir Ramadhan

Alhamdulillah.. hari ini ana ingin memberkongsi sedikit tazkirah bersama sahabat-sahabat sekalian..


Moga-moga ianya membawa manfaat untuk kita bersama. insayAllah.

8 PANDUAN IMAM GHAZALIsupaya kita tidak sombong dan angkuh

1. Jika kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak itu belum banyak melakukan dosa.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keaaan mengetahui.
5. Jika melhat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan berubat atas kesalahannya.
6. Apabla bertemu oang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampunu oleh Allah.


15 SIFAT EGO YANG PERLU DISEMAK PADA DIRI

- Diberi jawatan rasa terhibur.
- Tidak dilakntik, rasa tidak senang.
- Kalau dia seorang pemimpin, arahannya selalu kasar.
- Kalau dia pengikut, susah mahu taat.
- Emosional dan mudah tersinggung.
- Suka berkawan dengan orang bawahan supaya dirinya nampak lebih tertonjol daripada orang lain.
- Payah menerima pandangan orang lain.
- Dalam majlis, tidak senang bila orang lain memberi pandangan.
- Dalam majlis, mudah memotong cakap orang lain.
- Suka memperkenalkan diri sendiri daripada memperkenalkan pemimpin dan organisasi.
- Suka pandangannya sahaja diterima.
- Lebih berminat berkawan rapat dengan orang lain daripada ahli kelab (organisasi) agar terserlah kesempurnaan dirinya.
- Tidak senang kemajuan tercetus di tangan orang lain.
- Bercakap selalu dengan suara tinggi dan tidak boleh dicabar pasti tercabar.

Yang madana satukah di antara 15 tanda ego ini yang terkena pada kita…
Cuba-cubalah selidik…………



10 PERKARA YANG SIA-SIA

10 perkara ini mengikut pendapat Sufyan ‘As Stauri adalah sia-sia iaitu.

1. Lelaki dan wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak di mohonkan doa untuk ibu bapa dan kaum muslimin.
2. Orang yang kerap membaca Al-Quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
3. Lelaki yang memasuki masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengejarkan tahyatul masjid.
4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan mereka.
5. Lelaki yang masuk hari Jumaat pada suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa ia mengerjakan sembahyang Jumaat berjemaah.
6. Lelaki dan wanita yang tinggal dalam lingkungan ulama’, tetapi dia tidak menggunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Dua orang lelaki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
8. Lelaki yang mengundang seseorang sebagai tetamunya kemudian tidak dilayan tetamu itu.
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10. Orang tidak mengasihi jiran tetangga yang merintih lantaran kelaparan, sedang diri sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.



AKHIRAT ITU KEGELAPAN, AMALAN-AMALAN SOLEH ITU PENERANGNYA

Sebuah hadis ada menyatakan 7 golongan manusia yang akan terselamat dari h s.w.t.. Mereka ialah :-
1. Pemimpin yang adil
2. Pemuda yang tekun beribadah kepada Allah
3. Hati yang sentiasa bergantung dengan masjid
4. Dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah.
5. Mengatakan ‘aku takut kepada Allah’ kepada wanita yang mengajak berbuat zina. uru hara Padang Mahsyar . Mereka akan dilindungi di bawah Arasy Allah
6. Bersedekah secara bersembunyi sehingga tidak diketahui oleh tangan kiri.
7. Berzikir dan mengingati Allah di tempat sunyi sehingga menitiskan air mata.

No comments: