Tuesday, June 30, 2009

Seruan kanak-kanak Palestin

salam ukhwah..
salm juang.....

Teringat ana akan kata-kata seorang penceramah semasa forum mengenai isu Palestin suatu ketika dahulu di masjid Darul Quran....kata beliau... bahawa berkata anak-anak Palestin kepada kita semua
"Berjuanglah kalian dengan buku dan ilmu, kerana sesungguhnya kami di sini berjuang dengan darah,batu dan peluru. Ingatlah bahawa suatu masa nanti kami akan menuntut hak-hak kami dari kalian."

Setelah mendengar kata-kata semangat tersebut, hatiku terus dipagut rasa ingin bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.
Seolah-olah di waktu itu juga aku ingin menuntut segala ilmu yang ada..
Seruan yang lahir daripada kanak-kanak Palestin tersebut begitu meruntun hatiku..

Semoga semangatku sentiasa berkobar-kobar menuntut ilmu...kerana ianya adalah satu JIHAD!!

Buat adik-beradikku dan sahabat-sahabat yang sedang berjuang di kampus asasi UIA, semoga perjuangan kita semua dinilai oleh Allah dan diberi ganjaran olehnya...insyaAllah.

No comments: