Tuesday, July 12, 2011

Tidak Dipandang dan Tidak Memandang.



hayatilah…

Suatu kisah

Kisah benar belaka

seorang pemuda dalam pencarian

Mencari pemilik rusuk kirinya

Sudah bertahun bersendirian

Muncullah calon yang entah ke berapa

Seperti biasa

Diusulkan emak tersayang


Bukan calang-calang calon yang diusulkan

Lulusan universiti Timur Tengah

Menghormati permintaan si anak

Yang mahu pendamping solehah

Sejuk mata memandang

Bertudung labuh litup

Pandai berbahasa Arab

Pendek kata tip top!


Si pemuda mulakan istikharah

Hampir berminggu

Setelah meneliti gambar

Mula mencari maklumat

Sebelum sesi taaruf bermula


Si pemuda menjenguk ke web

Laman Friendster kegemaran ramai

Yang kini mungkin Facebook

Satu keajaiban!!!

Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian

Tiba-tiba tergamam

Si gadis masih anggun

Bertudung labuh litup

Namun, bergambar sakan

Aduh!


Terkejut bukan kepalang

Calon solehah direject tanpa ihsan

Bukan menjadi pilihan

Kerana gambar ditayang

Dengan penuh sakan

Pemilihan terbatal


Dia pernah berkata

Perempuan cantik itu

Tidak memandang dan tidak dipandang

Perempuan cantik itu

Tidak mengenali dan tidak dikenali

Perempuan cantik itu

Tidak menegur dan tidak ditegur


Akhirnya

Solehah kempunan calon soleh

Merayu untuk dipertimbangkan

Tapi sayang sekali

Si pemuda tetap

Tidak berganjak dengan keputusan


Wahai Muslimah

Aku dan kamu

Mari mempelajari, mencontohi

Watak-watak wanita salafussoleh

Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka

Kerana wanita solehah itu

Lebih baik daripada

seribu lelaki yang tidak soleh


p/s : puisi ini mmg sengaja di copy…

Wahai adik2 muslimah marilah mengambil iktibar,

jadilah muslimah sebenar,

jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.

sampaikanlah pada sahabat2 kalian

sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini


Terima Kasih kepada penulis puisi ini.

(ini hanya sebuah kisah)


note : seringkali kita sebagai muslimah lupa akan hakikat ini. Fitrah manusia terutama pabila menjadi gadis yang sedang meningkat dewasa untuk kelihatan cantik dan sentiasa dipandang orang. Apatah lagi apabila menjadi sesorang yang diminati ramai.

Ingatlah wahai saudari muslimahku, wanita yang baik adalah wanita yang tidak dipandang dan tidak memandang.

Biarlah kecantikan kita hanya dilihat oleh seseorang yang bernama suami.

Tidak rugi apabila kita menjaga maruah, bahkan akan makin tinggi martabat seorang wanita itu.

*cantik xbermaksud cantik lahiriah sahaja. kerana semua orang dikurniakan cantik dalam erti kata yang tersendiri. ianya subjektif.

wanita solehah itu lebih baik daripada 70 lelaki soleh.


Tuesday, July 5, 2011


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.

Sabdanya yang bermaksud:

Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.

Friday, July 1, 2011

Take 5~ Tazkiyatun Nafs..

Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat dia perlu mengamalkan cara berikut :-

1) Mengurangkan tidur.
2) Mengurangkan makan.
3) Mengurangkan bercakap.
4) Berpada-pada dengan rezeki yang ada.

*berusahalah ke arah itu!

Wednesday, June 29, 2011

Q : Bolehkah berdoa supaya dipercepatkan mati.

Jawapan oleh Ustaz Fauzi.

Hadith:

Rasulullah
s.a.w bersabda yang maksudnya:

“ Jangan sesekali seseorang daripada
kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya;
kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan
berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik
bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.”
Riwayat Bukhari dan Muslim


Tajuk

Larangan Bercita-Cita Dan Berdo’a Untuk Mati Kerana Ditimpa Musibah

Hadith riwayat Muslim dari Anas katanya, sabda Nabi s.a.w.
“لا يتمنى أحدكم الموت لضر نزل به، فاذا كان لابد متمنيا فليقل:
اللهم احينى ما كانت الحياة خيرا لي، وتوفني اذا كانت الوفاة خيرا لي”.
اخرجه البخاري.

Ertinya:
Janganlah seorang
dari kamu bercita-cita untuk mati kerana terkena musibah, jika sekiranya
tak dapat dielakkan hendaklah berdo’a;
“ Ya Allah panjangkan umurku
jika dengan hidup itu memberi kebaikan kepadaku, dan matilah aku jika
sekiranya mati itu lebih baik bagiku”. Hadis dikeluarkan.

syakir hasan: http://masjidassyakirin.wordpress.com/2011/04/12/

Tuesday, June 28, 2011

New Info =))

KEBAIKAN MINUM TEH HIJAU ~copy from internet ye.

Teh hijau telah menjadi minuman popular sejak kebelakangan ini disebabkan oleh liputan media tentang manfaat kesihatannya. Orang-orang China telah minum teh hijau selama beratus-ratus tahun kerana kemampuannya mengubati sakit kepala dan membantu mencegah kanser. Banyak kajian yang dihasilkan baru-baru ini juga telah menjumpai banyak manafaat herba ini dari segi kesihatan. Berikut adalah beberapa manfaat yang boleh anda perolehi dari amalan meminum teh hijau.


MENURUNKAN KOLESTEROL

Jika anda menghadapi masalah kolesterol tinggi, minum teh hijau boleh membantu mengurangkan risiko serangan jantung. Kajian mendapati bahan catechin dalam teh hijau dapat mengelak pembekuan darah dalam pembuluh darah. Selain itu, teh hijau telah didapati untuk berupaya mengurangkan tahap LDL yang merupakan kolesterol tidak baik dalam darah. Ia sekali gus mengawal nisbah kolesterol tidak baik kepada kolesterol baik pada peringkat yang optimum.


MENURUNKAN BERAT BADAN

Teh ini akan membantu proses thermogensis - proses yang mengawal kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita. Polifenol dalam teh hijau didapati mengoksidakan lemak. Tabiat meminum teh hijau dapat meningkatkan tahap metabolisme dan ini akan menghasilkan penurunan berat badan yang lebih cepat. Teh adalah minuman berkalori rendah jika dibandingkan dengan minuman yang biasa kita minum semasa sarapan. Berbanding meminum kopi, meminum teh akan merendahkan pengambilan kalori harian anda.


GIGI YANG SIHAT

Fluorida adalah baik untuk gigi dan teh hijau didapati mempunyai kandungan fluorida yang banyak. Fluorida membunuh bakteria di dalam mulut yang menyebabkan plak dan akan membantu menjaga kesihatan gigi secara umum. Meminum kopi akan meninggalkan warna kuning pada gigi; di sebaliknya, meminum teh hijau memperbaiki keadaan gigi anda.


PENCEGAHAN KANSER

Aktiviti radikal bebas adalah salah satu penyebab kanser. Dengan meminum teh hijau dapat memberikan manfaat antioksida kepada tubuh kita. Radikal bebas adalah penyebab kanser sebagaimana disebutkan dalam proses penuaan tubuh. Polifenol dalam teh hijau akan memburu radikal bebas dan mencegah pembentukan oksigen tidak stabil yang disebabkan oleh radikal bebas; radikal bebas boleh merosakkan sel-sel sihat dan seterusnya menyebabkan penyakit kanser, serangan jantung bahkan stroke. Meminum teh hijau akan mencegah pembentukan sel-sel abnormal di dalam tubuh kita.


KESIMPULAN

Teh mempunyai banyak manfaat sebagaimana disebutkan di atas seperti mengurangkan kanser, serangan jantung dan tahap kolesterol LDL yang tinggi yang merupakan pembunuh manusia di zaman moden ini. Maka, minumlah beberapa cawan teh hijau sehari bagi mengurangkan risiko anda.


*tetibe je post pasal green tea ni, btw semoga bermanfaat..


~ALLAH YANG MAHA MENYEMBUHKAN..setiap penyakit ada penawarnya..insyaAllah.


mode : 2 Julai exam Anatomy..Allahuyusahhil!