Thursday, November 6, 2014

2nd Mujahid..

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillahhh blog ummi masih boleh di "on" kan hehe

Ya Allah lama sangat rupanya ummi tak meneruskan hobi berblogging ummi ni..baca2 blog macam dulu pun dah jarang..rasanya banyak sangat dulu dalam kepala nak coret kenangan manis pahit kat blog supaya suatu hari nanti boleh dibaca, dikenang masa tua2, untuk anak cucu...hehe..tengoklah ummi akan try curi2 masa untuk berblog semula insyaAllahhhhh

sejak blog tak berupdate ummi dah punya dua mujahid rupanya hihi Alhamdulillah ^___^

Muhammad Nasih Ulwan bin Mohammad Rafiq lahir pada 28 Julai 2013, 19 Ramadan 1435H, pada pukul 4.30pagi di Mustashfa Takhassus Misr, Mansurah, Mesir....abang nasih lahir musim summer...

nanti ummi cari semula gambar abg nasih masa kecik2 ye.. hihi


Muhammad Faheem bin Mohammad Rafiq lahir pada 26 Oktober 2014, 3 Muharam 1436H, pada pukul 10.45malam dekat klinik Dr Elmas, Mansurah, Mesir....adik lahir dah overdue dua minggu hihi suka benor duduk dalam perut ummi...







Anak-anak ummi suka due time ummi dekat exam hihi....nak buat cemane hee..apepun Alhamdulillah semoga membesar menjadi anak yang soleh lagi musleh ye..ameen

Jadi soleh macam abi :)

sehari sebeum adik lahir.. ummi jalan2 lagi ikut abi hihi

Ok bye bye...ada masa ummi sambung lagi..ummi nak sambung studi..doakan ummi berjaya jadi doc cemerlang! insyaAllah :)

Saturday, June 8, 2013

Musim Exam!

Assalamualaikum.

Bismillah wal hamdulillah :)

Biasanya di kala waktu final exam sebegini saya rajin untuk update blog..

Tetapi semacamnya tidak untuk kali ini.

*******************************************************************************

Alhamdulillah, saya dan sahabat-sahabat selesai menghabiskan final exam subjek yang pertama.

Community Medicine.

Akhirnya habis jua paper yang pertama walaupun banyak sangat nak kene baca., Huhu.

Ada 3 lagi subjek dan saya punya azam untuk studi lebih bersungguh-sungguh. Huhu.

Baby behave ye sayang. ^^

*******************************************************************************

Masa berlalu begitu pantas, sedar tak sedar saya menjalani kehidupan seorang pelajar medik Tahun 4 dengan title seorang isteri ^_^

Dan sekarang saya sudah berada di penghujung tahun 4, insyaAllah bakal masuk ke Tahun 5. Ameen InsyaAllah.

Moga najah milik kami semua, Ameen.

********************************************************************************

Doakan saya sempat menghabiskan kesemua final exam tahun ini dengan baiknya dan selamat deliver baby lepas pada tu.

Usia perkahwinan juga sudah melangkau 8 bulan, 10 hari.

Rasa macam baru semalam je kahwin.

:)

*********************************************************************************

#good luck abang esok exam final written pedo..^^

sori terkacau tadi dengan gelagat nk bunuh lipas huhuhuh -_____-


Tuesday, May 7, 2013

Abang balik mengundi!

Assalamualaikum.

Bismillah wal hamdulillah :)

Alhamdulillah ummi dan baby semua sihat-sihat buat masa sekarang.

Bersedia untuk menghadapi 3rd triemster bersama dengan kertas-kertas final exam 4th year.

Huhu.

Kene kekalkan momentum studi. ops mungkin bukan kekalkan. TINGKATkan.

Exam semakin hampir tapi roh studi kejap datang kejap pergi.

Perlunya mujahadah! Susah tapi perlu.

*************************************************************************

PRU13 baru habis, namun keputusan yang menyebabkan semua anak muda makin meluat dengan kerajaan yang sedia ada.

Banyak bukti-bukti permainan kotor mereka.

Namun, kita sebagai orang Islam dan masih wala' kepada kepimpinan insyaAllah thiqah dengan kepimpinan.

"Kita dok kalah, cuma belum menang" - TG Haji Hadi.

Rasa tenang mendengar semula kalam-kalam penguat dari Tuan-tuan Guru..

Masakan mereke yang dah lama berjuang boleh bersabar dengan kemenangan yang tertangguh apatah lagi kami yang baru nak menjejakkan kaki ke medan perjuangan.

Allah.

Negeri saya Terengganu dan abang Perak, kedua-duanya antara negeri yang dimenangi oleh PR pada asalnya namun selepas BLACKOUT keduanya menjadi milik Bn! -___-
*****************************************************************************

Pagi Rabu, 1 Mei, setelah abang pulang bertazkirah bersama sahabat, abang bagitahu nak pulang mengundi ke Malaysia pada 5 Mei nanti.

Saya sangat bersetuju cuma mungkin sebelum ini keputusan kami agak taraddud bila memikirkan tambang kewangan untuk pulang.

Namun, kawan abang dah bagi idea-idea bagaimana untuk dapat support semula tambang flight.

Saya setuju juga.

Walaubagaimanapun, saya tak dapat ikut pulang memandangkan nama yang tak berdaftar untuk mengundi dan fatrah final imtihan.

Alhamdulillah, abang dapat pulang 3 Mei tu, sehari selepas saya menghabiskan exam end round forensic & toxic.

Sedih tu memang sedih kene tinggal sorang-sorang.

Tapi saya kuatkan semangat kalau ingin terus menjadi isteri pejuang.

Saya tak mahu menjadi isteri yang menjadi penyekat kepada perjuangan suami.

Saya tak mahu menjadi isteri yang manja.

Walau, kadang-kadang lemah apabila berseorangan, takde semangat nak studi.

Di Malaysia nanti lagi besar cabarannya, malah sayalah yang patut menjadi obor kepada perjuangan suami.

Huhu.

Sabar sikit lagi, insyaAllah abang akan kembali ke Mesir.




kat airport cairo hantar abang pulang


 kat sungai Nil 


# countdown abang balik sama dengan countdown hari saya nak exam!

Marilah kita bermujahadah!

Senyum selalu & Positif :) :) :)

Sunday, April 7, 2013

Sungai Nil & Semangat Hijau

Assalamualaikum.

Bismillah wal hamdulillah :)

Pada Khamis yang lepas, 4 April 2013, Cik Abang mencadang-cadang untuk ajak saya naik kayak kat Sungai Nil. 

Rupa-rupanya Cik Abang dah berkira-kira untuk bergambar dengan baju hijau dan bendera PAS segala bagai. hehe.

Teruja mendapat peninggalan bendera PAS dari senior yang pulang habis ke Malaysia.

Tapi saya tak sempat berbaju hijau sebab lambat nak tukar baju plus ada kawan datang rumah.

Gambar kenangan :))
Pasca PRU13!!














Friday, April 5, 2013

Rumah Baru & Kedai Makan Syria

Assalamualaikum.

Bismillah wal hamdulillah :)

Dah nak hampir sebulan kami di rumah baru.

Alhamdulillah, Allah takdirkan beberapa perkara yang mana akhirnya tak menjadi pindah ke kawasan Samanoudi tapi ke kawasan Istad Gamaah, Syari' Zhorif.

Alhamdulillah, saya suka dengan rumah baru kami kerana dekat dengan kuliah, kawasan ramai orang Melayu, rumah sederhana besar, plus cat dalam rumah warna cerah. hehe.

Alhamdulillah.

Rumah lama juga banyak jasanya kepada kami. Tak dilupakan.

Dan seperti biasa, kebiasaan rumah padam madam (rumah mutazawwijin=rumah orang yang dah kahwin) memang akan selalu digunakan untuk meeting-meeting jika kawasan markas perubatan sudah penuh.

Alhadmulillah, kami seronok kerana sentiasa ada tetamu yang datang menyinggah. Takdela duduk berdua je :D Tetamu datang kan membawa rahmat :))

Dan kadang-kadang, usrah saya atau suami akan diadakan di rumah kami.

Walau kadang tak dapat hidang apa-apa hidangan yang berat, sekadar menjamu air dan makanan ringan pun rasa berpuas hati.







p/s : gambar makanan di sebuah restoran Syria, singgah sekejap selepas pulang dari kuliah ^^

# actually sekarang Cik Abang tengah handle usrah utk ajkt pcm, tapi saya pulak lupa nak ambik buku masuk bilik untuk studi, akhirnya saya di sini, depan laptop ^__^

Semoga Baitul Muslim yang kami bina penuh dengan Sakinah, Mawaddah wa Rahmah insyaAllah.

Ameen.

# ni baby yang kuat makan ke ummi dia yang kuat makan. hehe. 

Thursday, March 7, 2013

Assalamualaikum :)

Bismillah walhamdulillah..

InsyaAllah malam ini kami akan berpindah ke rumah baru. (Masih di Mesir)

Dari kawasan Hayyu Gamaah ke kawasan Samanoudi, kawasan rumah lama suami saya.

Waktu update blog ni, adalah sementara menunggu ikhwah, kawan-kawan suami, dan cik abang angkut-angkut barang.

Mengisi masa yang amat kepenatan, dari berbaring tidur.

Barang-barang semua dah siap packing, tunggu lori angkut dan angkat. Huhu.

Makanan dan minuman semua dah buat awal-awal.

Huhu.

Rumah yang besar didiami lebih kurang selama 5 bulan di awal perkahwinan.

Mungkin rumah yang banyak merakamkan memori saya dan suami berkenalan dengan lebih rapat.

Berkongsi hidup, suka duka, semangat yang kadang kala turun dan naik, di susuli dengan saling memberi semangat, dan saling memberi perangsang.

InsyaAllah moga terus maju kami di rumah baru.

Walau mungkin bukan seperti rumah sekarang, apapun, semoga Allah mencukupkan kami dengan sifat qanaah insyaAllah.

Jzkk abang banyak sangaaat tolong....dan kawan-kawan abang juga :)







Monday, March 4, 2013

Assalamualaikum.

Bismillah wal hamdulillah :)

Alhamdulillah syukur nikmat Allah suka dan duka semua penguat dan pendekat kepada Allah Yang Maha Hebat.

Tiba-tiba rasa ingin menulis. Dan rasa diri terharu yang entah kenapa.

Pengalaman berumah tangga banyak mendidik diri ini untuk mengenal dunia yang sebenar.

Satu kata-kata yang saya pernah terbaca sebelum berkahwin, waktu berkahwinlah Allah akan tunjukkan semua sifat sebenar kita.

Ok point kat sini bukan nak cakap pasal sifat-sifat buruk or etc.

Tapi berkahwin Allah akan menguji apa yang kita degar-degarkan waktu bercakap sebelum berkahwin.

Macamana dengan gerak kerja dakwah, menggerakkan usrah, menghadiri kelas-kelas tafaqquh.

Istiqomah istiqomah istiqomah selepas berkahwin. (ayat yang biasa orang ucap sebelum kahwin)

Bukan semudah berbicara.

Kami (saya dan abang) selalu bermuhasabah bagaimana gerak kerja kami selepas kahwin.

Abang selalu tanya mana saya aktif sebelum atau selepas kahwin. Huhu. Muhasabah -___-

Dan jazakallah abang akan bagi penguat dan nasihat untuk saya terus di medan dakwah.

Abang akan nasihatkan jika saya bermalas-malasan buat kerja dakwah.

Kata abang, jangan mudah-mudah nak bagi alasan kalau tiada alasan kukuh, ni baru sikit ujian, kalau di medan sebenar (Malaysia) lagi senang nak bagi alasan anak, kerja, dan etc kalau dah biasa beralasan.

Agreed!

Dan abang selalu akan cakap kat saya, cepaaat kita dah lambat ke program! :) hehe...

Abang kata Baitul Muslim yang kami bina akan menjadi contoh dan perhatian, maka kami harus menunjukkan teladan yang terbaik.

Bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi supaya dapat menjadi contoh kepada yang lain.

InsyaAllah, moga Allah kuatkan kami. 


AllahuMustaan.

******************************************************

Suka duka ujian yang datang adalah tanda kasih sayang Allah.

Tazkirah kak Fatin pagi tadi

" Kita kene rasa kegusaran di atas nikmat yang Allah berikan, mana tahu ianya adalah ujian kepada kita"


Wallahu'alam.



*Baby is 4th months already inside my tummy! MasyaAllah. Alhamdulillah :)





Saturday, February 16, 2013

Assalamualaikum.

Rasa macam nak update something tapi tak tahu sebab tak punya banyak masa dah nak berceloteh.

Till we meet again insyaAllah.

:)







Monday, December 10, 2012

Kenang-kenangan Jemputan

Assalamualaikum.

Bismillah wal hamdulillah =)

Sangat lama saya menyepi dari ruang blogger ini.

Rasanya dulu juga begitu, kalau time exam baru rajin update blog sebab banyak masa duk rumah.

Tapi sekarang ni ada orang sebelah mohon diupdate blog (walaupun sekarang belum lagi musim exam) :p

Masa sekarang amat mencemburui untuk saya melakukan banyak perkara.

Seperti biasa, setiap hari akan berkejar-kejaran ke kelas (ni sebab selalu kes lewat :p) dan hanya cuti pada hari Jumaat.

Dan seperti pesanan seorang kakak senior, hari Jumaat bukanlah hari cuti bagi kita tapi adalah hari untuk bermasyarakat.

Jadi, mungkin saya hanya boleh mengiyakan saja kata itu apabila tiba Hari Jumaat.

Maka, amatlah perlu saya membahagikan masa sebaik mungkin, dengan pelbagai tanggungjawab sebagai seorang pelajar Medik Tahun 4, seorang isteri, seorang anak, seorang daie dan sebagainya.

(walaupun saya tahu pengurusan masa saya masih di tahap yang lemah)
Akan berusaha ke arah yang lebih baik.

*******************************************************************************

Pendek cerita nak update pasal ni je sebenarnya untuk kenang-kenangan hehe

Jemputan walimatulurus kami dulu

Mana tahu tua-tua nanti boleh cari semula link tu di sini

insyaAllah :)



Jemputan melalui weddingwire  :

http://www.weddingwire.com/wedding/UserViewWebsiteIntro?wid=e93a635be163fa1f&pid=c7bf29682e44df06&themeCode=

Jemputan di facebook :

http://www.facebook.com/events/159836544140338/

Di sini juga ada update dari blog adik beradik usrah yang datang jauh dari Kuantan

http://husnabaek.blogspot.com/2012/09/next-wedding-of-gen9-nordalila-ghazali.html

http://husnabaek.blogspot.com/2012/10/terengganu-walimah-dalila-dan-rafiq.html



Tetiba idea dah takde

InsyaAllah akan sambung update semula.

Ilalliqo' =)

Saturday, September 22, 2012

Let's Say Alhamdulillah =)









p/s : gambar-gambar ni comel =)

Alhamdulillah 'ala kulli nikmah.

Wednesday, September 19, 2012

Assalamualaikum.

Kenapa iman boleh naik dan turun.

Kalau mati dalam iman turun macamane?

Huhu.

Allah.

Naudzubillah.

Bukan senang untuk mujahadah.

Tapi mujahadah itu perlu.


Sunday, September 2, 2012

KMP 5

Assalamualaikum.

Bismillah wal hamdulillah :)

Selamat Hari Raya 6 =D

Alhamdulillah, minggu lepas saya dan kawan-kawan sempat join program Kem Menuju Puncak V di SM Imtiaz Kuala Berang (atau dulu dikenali Kolej Islam Sains Terengganu) sebagai fasilitator & ajk.

Walaupun pada asalnya rasa macam tak sempat dh nak join sbb nak uruskan banyak perkara, tapi fikir-fikir balik kesian kat kawan yang dah lama tanye ajak join dari masa ade kat Mesir lagi. Cikgu-cikgu mengharapkan sahabat yang belajar kat Timur Tengah yang handle program tu. (akhirnya 3orang je dari Mesir, yang lain belajar di Msia, tapi xpe)

Akhirnya Allah takdirkan dapat join program tu. (saya juga fikir kalau tak join, lepas ni tak tahu bila pula peluang untuk hadir ke program sebegini dan mungkin ini peluang untuk sampaikan dakwah plus dah 7 tahun tak ke sana)

Dan alhamduillah program tu sangat seronok ^__^

Adik-adik tak tahula macamane setakat ni diaorang respon ok dan suka je hehe.

Happy sebab dapat jumpa adik-adik fasi yang mana semua dulu adalah junior bawah saya. Lepas saya dan sahabat-sahabat Timur Tengah  berforum hari pertama, adik fasi-fasi akhowat sapa, "kak dalila, ingat tak lagi saya?"

haha rasa macam nak tergelak je.

Semua muka familiar tapi saya tak ingat nama.

Sekali lagi taaruf bermula. Rasa dulu macam tak rapat sangat tapi dalam masa program 3 hari tu saya dah jadi macam dikalangan mereka. (saya sorang je akhowat wakil batch sendiri)

Adik-adik fasi ni memang sangat sporting + ada yang sangat kelakar. jadi kami asyik gelak je.

Dan ramai yang dah jadi geng.

Saya dah rindu adik-adik fasi ^^

Adik-adik fasi lelaki juga semuanya sporting2. Disebabkan mereka junior, jadi sangatlah mudah untuk berurusan. (ops tapi pengarah adalah sahabat batch saya). Semua bagi kerjasama.

(saya punya target dalam diri, selain program bersama adik-adik, tidak salah kebaikan ini disampaikan juga  kepada sesetengah fasi)

Saya terdengar suara fasi akhowat bersembang "rasa macam tak layak je jadi fasi, diri sendiri pun banyak lagi takde ilmu, kalau dalam kumpulan asyik cepat2 je suruh adik-adik jawab soalan sebab tak tahu nak ulas, lain kali kene buat persiapan awal"

saya senyum je. InsyaAllah adik-adik fasi ni adalah pilihan Allah. Pengalaman ini akan mematangkan mereka.

Saya tak jadi fasi, tapi lebih kepada jadi ajk jadi takde bnyak pengalaman dalam kumpulan bersama adik-adik. (banyak bersama adik-adik fasi)

Dan beberapa kali pengalaman jadi ajk dan fasi di sekolah-sekolah sebelum ni membuatkan saya kurang kekok untuk bercakap di depan.

Tapi kadang-kadang berdebar juga sbb takut tak sampai apa nak cakap pada adik-adik.

Peringatan : nak buat program, buat kebaikan, nak tegur adik-adik, diri kita sendiri yang kene bersihkan, takut-takut dosa kita jadi hijab untuk apa yang bakal disampaikan. wanaudzubillah.

~wah rajin pula menulis ;p~

p/s : cuma rasa macam lagi best kalau boleh bawak adik sendiri sebab adik-adik peserta adalah form1 dan form2 (ingatkan form4) T_T


*fasi akhowat dah ramai balik time ni huk3*



*lagu tema program yang best*




*video kenangan program*


p/s : sila fokus! ;p

till then :)


Thursday, August 30, 2012

Ujian Tanda Allah Sayang

Assalamualaikum.

Bismilah walhamdillah :)

Di saat ini saya amat merindukan sahabat-sahabat Mesir.

Sahabat-sahabat yang sedang sibuk menanti, membuat persiapan untuk menerima kehadiran adik-adik baru.
(dalam keadaan kekuatan tenaga yang kurang)

Sahabat-sahabat yang bersedia membanting tulang jika apa-apa masalah yang tiba.

Sahabat-sahabat yang berkorban beberapa tahun tak balik ke kampung halaman.

Ada di antara sahabat-sahabat  yang berjuang di sana dan Allah hadiahkan pelbagai ujian untuk mereka, ada diuji dengan exam dur thani.

Allah Allah mereka sememangnya orang-orang yang hebat sehingga ujian juga hebat untuk mereka.

Sahabat-sahabat yang banyak bekorban tiada tandingan, kadang-kadang diri ini termalu sendiri.

Baru sedikit ujian, dah banyak termengadah.

Lagi malu apabila jika diri sendiri malu untuk melakukan pengorbanan, mungkin ingin mengecapi kebahagiaan dalam masa yang sama membiarkan sahabat-sahabat yang lain dalam kesusahan, rasanya seperti tak sanggup.

Paling haru apabila teringat beberapa airmata sahabat menitis ketika kepulangan diri ini ke Malaysia baru-baru ini.

Sungguh, saya tak sampai hati untuk tinggalkan sahabat-sahabat apatah lagi bila mengenangkan mereka.

Saya bukanlah orang penting atau orang yang hebat di kalangan mereka, tapi bukankah kita saling menguatkan?

Ukhwah itu indah.

Di sana terasa berat, orang di sini boleh menangis.

*Mohon maaf atas segala kekhilafan diri ini. Doakan saya juga kuat seperti kalian. Sama-sama kita mengejar redha Allah walau di mana berada.

Sungguh, kalian orang-orang yang hebat, banyak mengajar diri ini. Moga Allah membalasnya.

Nasihat seorang teman,

" Iallah allah akn bg jln keluar pada mreka y mletakkan spnuhnya Kepercayaan n tawakkal mereka y tertinggi pada ALLAH swt. "bila kmu membulatkan tekad maka bertawakkallah pada ALLAH" 

bla PNGORBANAN y kita buat ni smata2 IKHLAS lillahi ta'ala Allah akn bg jln kluar even org skeliling nk ckp ape. awk dah wt kputusan y TERBAIK.. skng hnya perlu SERAHkn pada ALLAH untuk memndu hati2 mereka smile 

PERCAYALAH ukhti janjilah Allah itu pasti n dia xkan menyalahi janjiNYA pada mereka y berJUANG di jalanNyA.. AMEEn.. KUAT! TABAH! SEDIA BERAKSI!!  ^^_ "



Jzkk ukhti :)




UNIC - Sebuah Pertemuan



Tuesday, August 28, 2012

Assalamualaikum..

Bismillah wal hamdulillah :)

Dah lama saya tak menulis semenjak masuk bulan Ramadan dan setelah sekembalinya saya ke Malaysia. (yelah saya bukan penulis blog yang tegar) 
walaupun kadang-kadang banyak je perkara suka-duka yang ingin dicoretkan.
esp kisah ragam-ragam budak-budak beraya yang sangat comel.
insyaAllah ada masa dan kesempatan akan saya coretkan kenangan itu.

tapi mood menulis belum datang *_*

btw, sempena Syawal ini saya ingin menucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua muslimin muslimat :)

semoga Allah terus memberi kekuatan untuk terus melakukan kerja-kerja dakwah, walau di mana berada. Keadaan sekarang agak sukar untuk bergerak apabila pulang ke rumah kerana tiada pengangkutan @ kalau ada pengangkutan takde lesen memandu. *sigh*

So, kene lah rajin-rajinkan diri cari alternatif lain, jangan mencari alasan! ^^


Thursday, August 9, 2012

Mujahadah.

Assalamualaikum  :)

Bismillah wal hamdulillah.

first, saya nak copy kata-kata seorang sahabat,

"apabila berada berseorangan dirumah.. ditinggal oleh housemate, terasa kesunyian. ade yg pergi umrah. meningkatkat amalan utk memperoleh taqwa yg mahal harganya. tapi kita disini sibuk dgn program yg x putus-putus. lepas habis satu, ade lg yg mendatang.


kalau di bulan lain, mgkin tidak mengapa. tapi, apabila di bulan ramadan.. terasa amat berat nk luangkan masa utk mengendalikan program. setiap saat di bulan ramadan amat berharga. ade yg beriktikaf kebanyakan masa di masjid, ade bertadarus 2,3 juzuk sehari sehinggakan ade yg pergi umrah utk betul2 fokus mengejar ganjaran ramadan.

tapi, itu semua adalah mainan perasaan yg tak perlu dilayan. menunjukkan kite masih belum betul2 faham tugas kite di muka bumi ini. orang lain jauh lebih sibuk dari kita sehinggakan tugasan yg kite ade ini tidak diistilahkan sibuk oleh orang yg lebih tinggi dari kite (pimpinan2). maka, sama2 lah kite menghayati perkongsian dari ust asri ini:

Jadikan Ramadhan 1433 ini sebagai medan latihan untuk kita benar-benar menjadi Daie yang 'Murabithun' dengan kerja-kerja Perjuangan Islam. Pastikan setiap masa yang berlalu diperuntukkan untuk Islam. Dalam hal ini, berkata Imam As-Syahid Hasan al-Banna "bergembiralah apabila kamu mendapati dirimu bergelumang dengan kerja-kerja dakwah, tenaga kamu banyak dihabiskan utk urusan dakwah. Demikian itu adalah kelebihan yang Allah kurnia kepada kamu. Sesungguhnya dakwah menuntut dirimu kesemua sekali dan bukannya sebahagian sebagaimana penyertaan kamu dalam agenda dakwah adalah buat selama-lamanya dan tidak berwaktu"! KALAU SEMUA AHLI-AHLI PARTI ALLAH BERSIFAT SEDEMIKIAN, KHILAFAH SUDAH TERTEGAK!"


Saya rasa mungkin inilah juga dilemma perasaan yang saya alami. Alhamdulillah, mungkin bila ade urusan persatuan atau program-program masa kita agak terisi dan kita akan lebih menghargai masa dengan sebaiknya. Dan dilemma perasaan kurang dirasai.

tapi bila dah ramai kawan-kawan balik msia, hanya tinggal beberapa muka sahaja lagi, memang amatlah perlu untuk anda bermujahadah untuk terus melakukan kebaikan. Allah.

Kadang-kadang jelous amat pada sahabat-sahabat yang sedang fokus menunaikan ibadat dengan mengerjakan umrah, walaubagaimanapun, moga Allah kurniakan kita yang berada di Mansurah ini juga dengan pahala yang sama asalkan selagi mana niat dipandu dengan baik! insyaAllah.

(ayat tak teratur apa saya nak cakap sebenarnya)

saya sedang bermujahadah huhu. 

Kalau rasa kamu tidak mampu untuk melakukan kebaikan jangan pula kamu menghampiri perkara-perkara yang tak sepatutnya.
(mungkin harini free skit tu yang macam xde keje je menghadap internet + tidur banyak) 
bukannya nak g baca buku ke, iadah ke. nilah manusia~ bila ada masa taknak guna masa, bila takde masa cakap tak sempat macam-macam.

manusia memang selalu macam tu.

ruang bebelan,
T_T




Fasa akhir Ramadan sudah bermula, selamat memburu Malam Lailatul Qadr, semoga ketemu ameen insyaAllah  :)

Wednesday, July 18, 2012

"Nama Saya Syahir"

Assalamualaikum :)

Bismillah wal hamdulillah.

Exam ended today! -_____-

Setelah dua bulan berperang macam-macam, dengan buku, dengan perasaan (malas rajin up down), dengan kengkadang homesick dan bermacam-macamlah >.<

Alhamdulillah, akhirnya hari ini tamatlah exam..

maka berdebar pula menunggu natijahnya..Apapun, saya berdoa moga Allah kurniakan yang terbaik.

Berjaya atau tidak, semoga keputusan itu membawa kita terus dekat dengan pencipta.

Allah Maha Tahu.

******************************************************

okeh, saya sebenarnya nak update pasal a lil mujahid junior, anak pak sedare saya ni

masa baby ni takde nama, saya panggil, syahid's jr je =))


Alhamdulillah, saya lahir pada 30 June 2012, 9.30pm waktu Malaysia :)




* pics credit tu adik cikja

Kadang-kadang dah jadi macam doc peribadi paksedare la pulak 

Selalu dia update pasal cikja

Time cikja dah sakit, admit kad wad, ade problem sket dengan kesihatan dan macam-macamlah

Nak cari nama baby pn berape kali dia tanya (yang ni saya suka dan terharu) hehe

tapi sebanyak-banyak senarai nama pilihan saya bagi, takde pun yang dia terima yang dekat2 adalah

aishh

Mula-mula dari syamil jadilah syahir (sebab dah ramai sedare nama 'meer')


Alhamdulillah, so nama saya adalah Wan Muhammad Syahir bin Wan Mohd Nasir.

Semoga membesar menjadi anak yang soleh ye Syahir.

Allahumma Faqqihu Fiddin wa 'Alimna Ta'wil.

Ameen. <3

*gambar baby yang latest takde sebab pok nasir malas upload gambor T_T

Monday, July 16, 2012

Amanat Tuan Guru di Mesir.

Assalamualaikum :)

Bismillah wal hamdulillah..

Kalau tak silap saya, dalam 10hb Julai yang lepas, Tuan Guru Haji Hadi Awang bersama delegasinya hadir ke Mesir, atas beberapa urusan. Dalam masa yang sama, Beliau sempat menyampaikan beberapa amanat kepada para pelajar yang berada di Mesir.


Saya takde rezeki nak hadir program bersama Tuan Guru (ada exam lusa tu), tapi alhamdulillah ade video orang recordkan.


Jom nak share video.











Islam dan politik memang tidak boleh dipisahkan!

Thursday, July 12, 2012

Mode family ^_^

Assalamualaikum =)

Bismillah wal hamdulillah.

Exam written semua dah habis, cuma masih menunggu praktikal dan oral Parasite sebagai exam last sebelum mengakhiri exam final tahun 3.

Alhamdulillah, habis exam dua hari sebelum Ramadan, moga dapat menggunakan Ramadan sebaiknya sebagai transformasi ke arah yang lebih baik.

Semoga Allah kurniakan yang terbaik, yang terbaik di sisi Allah.

*****************************

Nah, sekarang mood family ^^
(bukan ke memang sokmo macam ni ke) ~ ~ ~

Tiap-tiap hari chatting dengan adikberadik.

Nak2 adik yang kecik sekali yang ada kat rumah tu maju bab-bab tenet ni, update sokmo la status ke gambar family ke.

Haish.

Hehe.

Dulu-dulu adik tak pandai skype susah jugak nk tengok muka family.

Tapi bila dah pandai ni, tiap-tiap hari nak ajak skype. =)

Walaupun semua adik beradik lain lelaki, moga ukhwah tetap rapat.

Sebab kakak dia ni pun otai jugak heh.

Haha.

Takde istilah manja bila seorang je tunggal perempuan, sebab semua yang lain pun rapat dengan family.
(kadang tu,abang pun call umi tiap-tiap hari) hihi


Umi dan abh ^^


Abang dan adik-adik ^^


Hero-hero bila bersembang, ada je modalnya ^^



رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ، رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
(Ibrahim : 40/41)


Ya Allah kurniakan kesihatan kepada kedua orang tua kami.

Dan semtiasa dalam lembayung rahmat Ilahi :)

Moga keluarga kecil kami dikurniakan sakinah dan mawaddah dari Allah.

Seperti yang abang selalu pesan, tak rugi berbakti kepada ibu bapa.

It's true indeed!

Ilalliqa'.

Wednesday, July 11, 2012

Ibu yang sekuat seribu lelaki.




Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.

Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”
“Ya,” jawab anak itu singkat.

” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz

Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)

“Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada.

Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?”

Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dgn surah-surah yang lebih panjang.

“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”

Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir,“Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”

“Ya,” jawabnya dengan jujur.

Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan,“Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”
Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai.

Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.

“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”
Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,

“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,

“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”

Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.

Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah.

Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”

Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang – orang yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.

Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.

Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).

Perempuan yang dikenalkan kepada kita dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.

Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.

Semoga dari kisah diatas dapat kita ambil pelajaran & menjadikan teladan.

Rujukan dari sebuah majalah TARBAWI ” MENUJU KESOLEHAN PERIBADI & UMAT”

Monday, July 9, 2012

Suka Duka.

Assalamualaikum.

Bismillah wal hamdulillah :)

Tahun ini (di saat-saat akhir tahun 3) saya banyak mendapat berita jemputan walimah, kalau dulu memerhati walimah senior-senior, tetapi mulai tahun ini walimah ramai di kalangan kawan-kawan saya sendiri. yelah, kami semua dah dewasa, mungkin dah alam semua orang nak bina masjid. (;P)

Juga tumpang gembira dengan kelahiran bayi-bayi baru di Mansurah. Dan madam-madam yang bakal melahirkan little khalifah Ramadan ini. (memang ramai sungguh)

Alhamdulillah, berita gembira tumpang gembira :)

**************************************************

Tetapi tak lupa juga, dalam suka duka perjalanan tahun ini, beberapa orang sahabat diuji dengan kematian orang terdekat.

Allah Allah.

Lebih kurang dua minggu lepas, sahabat saya telah pulang ke Malaysia kerana ayahnya sakit, (tangguh exam dua paper), dan ditakdirkan Allah ayahnya meninggal beberapa hari setelah kepulangannya ke Malaysia.

Allah Allah.

terkejut kami, pernah terlintas "nasib baik Haziqah sempat balik jumpa ayah dia", padahal itu semua dah memang ketentuan Allah.

Pernah saya pm dengan Haziqah di fb, memberi kata-kata semangat apabila dia tahu ayahnya sakit. Allahu Allah. Kesian adik saya yang seorang ini, terus meluahkan perasaan, dia baru tahu ayahnya diserang penyakit dan sampai tahap kronik, cancer pancreas. Dalam sendu tangis beliau mengadu. Semoga tabah adikku.

Dan hari ini, 9 Julai 2012 seorang lagi sahabat batch saya, kematian ayah. Allah.
Diuji dalam keadaan kami akan menghadapi exam paper terakhir dalam masa dua hari lagi. Semoga tabah Farhan. (mane mungkin dia baca blog saya kan), papepun, doa kami mengiringi kalian yang hebat diuji Allah.

(dulu pernah dengar cerita orang lain je diuji macam ni)

Sahabat satu batch, dah rasa macam adikberadik. Seorang kene, yang lain pasti terasa.

Ujian Allah yang hebat untuk hamba-hambaNya yang hebat.

Semoga tabah!

Mohon dikurniakan kekuatan di atas segala ujian yang Allah beri. Ameen Ya Allah.

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Andaikata kami mati pada saat ini Ya Allah, maka matikanlah kami syahid di jalanMu,

Ameen ameen ameen.