Wednesday, September 23, 2009

permusafiran...ke bumi anbiya'

alhamdulillah..
syukur kepada Allah...
(xsampai lgi mesir).. :D
cuma skg sedang menunggu flight untuk ke DOHA..
kira-kira 4jam lagi...

kira-kira pukul 2ptg td..
ana sekeluarga tiba di airport Terengganu..
ditemani umi abah..abang,adik2..
nenek...
muncul pula acik sekeluarga..
along sekeluarga..
pok sekeluarga..
ayah su sekeluarga..
uda dan mak uda sekeluarga...
huhuhu...
paling sebak tyme wakil muslimin bacakan doa sebelum berlepas...

"semoga kami semua najah..selamat pergi dan pulang..apabila pulang dapat membantu meningkatkan syiar Islam...."
hanya ameen,ameen,ameen...
yang terlafaz di bibir ketika itu..
hati masih mampu menahan sebak di dada..
kami hanya diberikan masa 5minit untuk bertemu 4 d last with family..

saat-ssat yang paling tak ingin dilalui..
saat perpisahan..
ana dan emak dah sama-sama janji..'dun cry cry...'
tp nampaknya................
EMPANGAN PECAH JUGA...
adat perpisahan...

acik yang memulakan..
dia yang pertama teresak-esak..
subhanallah..
klakar pon ada..
mak ana pon tak nangis lagi..
pastu mak ana nangis..
along nangis..
tok nangis..
mak uda nangis...
ANA??
apa lagi...
mestilah NANGIS!!

semoga perjuangan diteruskan..
chaiyok2 dalila!!
k.muni, anna, aisyah, lia, laili, imah, ah n intan..
chaiyok jugak!

dan sahabat-sahabat yang lain...


tolabul ilmi minal lahdi illa lahdi...insyaAllah
ameen.

Tuesday, September 22, 2009

Menanti detik waktu.....=(

Menanti detik tibanya waktu......
untuk ana berangkat meninggalkan bumi Malaysia..
meninggalkan keluarga tercinta...
adik-beradik..
sahabat handai...
demi mengejar sebuah cita-cita...
dan harapan yang menggunung dari keluarga, saudara mara dan semua muslimin muslimat...
insyaallah...
semoga cita-cita ingin menjadi seorang doktor sekaligus menjadi seorang pendakwah dimakbul Ilahi...
mengislamisasikan dunia perubatan...

sedikit maklumat penerbangan..

KT - KLIA : 23sept09 - 0415pm
KLIA - DOHA : 25sept09 - 0300am
DOHA - MESIR : (xingat)

ana mohon doa daripada semua
selamat hari raya
maaf zahir batin :)

Monday, September 21, 2009

Salam lebaran..

selamat hari raya aidilfitri...
maaf zahir batin.... :)


to be continued.......huhu

Wednesday, September 16, 2009

TaZkiRah akHir Ramadhan

Alhamdulillah.. hari ini ana ingin memberkongsi sedikit tazkirah bersama sahabat-sahabat sekalian..


Moga-moga ianya membawa manfaat untuk kita bersama. insayAllah.

8 PANDUAN IMAM GHAZALIsupaya kita tidak sombong dan angkuh

1. Jika kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak itu belum banyak melakukan dosa.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keaaan mengetahui.
5. Jika melhat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan berubat atas kesalahannya.
6. Apabla bertemu oang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampunu oleh Allah.


15 SIFAT EGO YANG PERLU DISEMAK PADA DIRI

- Diberi jawatan rasa terhibur.
- Tidak dilakntik, rasa tidak senang.
- Kalau dia seorang pemimpin, arahannya selalu kasar.
- Kalau dia pengikut, susah mahu taat.
- Emosional dan mudah tersinggung.
- Suka berkawan dengan orang bawahan supaya dirinya nampak lebih tertonjol daripada orang lain.
- Payah menerima pandangan orang lain.
- Dalam majlis, tidak senang bila orang lain memberi pandangan.
- Dalam majlis, mudah memotong cakap orang lain.
- Suka memperkenalkan diri sendiri daripada memperkenalkan pemimpin dan organisasi.
- Suka pandangannya sahaja diterima.
- Lebih berminat berkawan rapat dengan orang lain daripada ahli kelab (organisasi) agar terserlah kesempurnaan dirinya.
- Tidak senang kemajuan tercetus di tangan orang lain.
- Bercakap selalu dengan suara tinggi dan tidak boleh dicabar pasti tercabar.

Yang madana satukah di antara 15 tanda ego ini yang terkena pada kita…
Cuba-cubalah selidik…………



10 PERKARA YANG SIA-SIA

10 perkara ini mengikut pendapat Sufyan ‘As Stauri adalah sia-sia iaitu.

1. Lelaki dan wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak di mohonkan doa untuk ibu bapa dan kaum muslimin.
2. Orang yang kerap membaca Al-Quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
3. Lelaki yang memasuki masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengejarkan tahyatul masjid.
4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan mereka.
5. Lelaki yang masuk hari Jumaat pada suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa ia mengerjakan sembahyang Jumaat berjemaah.
6. Lelaki dan wanita yang tinggal dalam lingkungan ulama’, tetapi dia tidak menggunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Dua orang lelaki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
8. Lelaki yang mengundang seseorang sebagai tetamunya kemudian tidak dilayan tetamu itu.
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10. Orang tidak mengasihi jiran tetangga yang merintih lantaran kelaparan, sedang diri sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.



AKHIRAT ITU KEGELAPAN, AMALAN-AMALAN SOLEH ITU PENERANGNYA

Sebuah hadis ada menyatakan 7 golongan manusia yang akan terselamat dari h s.w.t.. Mereka ialah :-
1. Pemimpin yang adil
2. Pemuda yang tekun beribadah kepada Allah
3. Hati yang sentiasa bergantung dengan masjid
4. Dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah.
5. Mengatakan ‘aku takut kepada Allah’ kepada wanita yang mengajak berbuat zina. uru hara Padang Mahsyar . Mereka akan dilindungi di bawah Arasy Allah
6. Bersedekah secara bersembunyi sehingga tidak diketahui oleh tangan kiri.
7. Berzikir dan mengingati Allah di tempat sunyi sehingga menitiskan air mata.

Sunday, September 13, 2009

Beberapa Hari Lagi..

Ramadhan....
Hanya berbaki beberapa hari...
Dalam meniti masa yang begitu cepat berlalu, sedar tak sedar kita sudah berada di fasa terakhir Ramadhan.


Ya Allah, adakah ibadah puasa hamba-hambamu ini diterima?
Solat terawih?
Tadarus Al-Quran?
Atau adakah kami hanya puasa lapar dan dahaga??

Nauzubillah.

Ramadhan hanya tinggal beberapa hari.
Sama-samalah kita tingkatkan amalan demi mencari malam Lailatul Qadar yang mana Allah telah menjanjikan pahala bersamaan 1000 bulan.

SubhaAllah.

Ya Allah...golongkanlah kami di dalam golongan hambamu yang terpilih.

Salam Ramadhan kareem. :)

Saturday, September 12, 2009

Berhati-hati Menjaga HATi...

Kata Imam Ghazali: "Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak ditemui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

MasyaAllah....sama-sama kite renung-renungkan.

Bagaimana mengesan penyakit hati?? ~hati kita sihat atau sakit?

Panduan Ibn Ata'illah untuk mengesan penyakit hati:-
"Sebahagian daripada tanda matinya hati,iaitu jika tidak merasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika terbuat suatu perlanggaran dosa."

Rasullullah menegaskan:-
"Siapa yang merasa senang oleh amal kebaikannya, dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang mukmin (beriman)." (riwayat al-Tabrani)

Mari kita perincikan tiga kaedah yang di katakan oleh Imam Ghazali ini :
1. Membaca Al-Quran
"Diturunkan kepadamu Al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat serta penawar...."
(Surah Al-Isra' 17:82)
2. Mendirikan Solat
"Jika kamu ingin Allah 'bercakap' denganmu maka, bacalah al-Quran kerana al-Quran ialah ayat-ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu pula ingin 'bercakap' dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah"
3. Mengingati Mati
Sabda Rasullullah s.a.w.: "Orang yang paling cerdik ialah mereka yang selalu mengingati mati."
(Riwayat al-Baihaqi)

Sekiranya kita mempunyai dakwah dan tarbiah yang berterusan...insyaAllah kita dapat menjaga HATI serta diri kita yang hina lagi dhaif ini.

Peringatan utama untuk Nordalila Ghazali :)