Tuesday, June 30, 2009

Perkataan 'kalau'

Seminggu yang lepas, seorang kakak seniorku telah kehilangan 'purse'nye...

Innalillahiwainnailaihirojiun...hanya itu yang dapat kuungkapkan sewaktu mendengar berita tersebut..

Selang beberapa hari, aku bertanyakan khabar 'purse'nye itu...

Dia memberitahu bahawa ianya masih belum ditemui,,

Aku menyuruhnya bersabar di atas apa yang berlaku kerana mungkin ada hikmah di sebalik..

Aku bertanya lagi..''apa yang ada dalam purse tu?"

Macam-macam la yang hilang..ada i/c, duit, kad-kad bank, lesen kereta, gambar-gambar...

MasyaAllah...banyak jugak barang yang hilang...kalaulah aku di tempat tersebut......?

Aku agak terkejut. Namun, kata kakak itu...
"akak tak kisah sangat pn ngan beg tu...cuma bila teringat kat kes tu, macam-macamterpikir.. takut sangat timbul perkataan 'kalau' ...

contoh : kalaulah aku buat cam gitu,tentu tak jadi gini...macam-macam boleh timbul dalam pikiran ni...kan perkataan 'kalau' itu datangnya dari syaitan yang nak hasut kita...n satu lagi, takut-takut kita pertikai takdir n janji Allah...

cthnya : aku selalu solat dhuha, baca al-Waqiah, baca al-Kahfi kenapa Allah buat aku macam ni jugak n pelbagai lagi yang difikirkan...huhu...susah sangat nak jaga HATI dan IMAN ni....bukan terkilan sangat pn pasal purse tu...doakan hati akak teguh ye...."

Begitulah panjang lebarnye huraian yang diberi oleh akak tu...

Aku begitu kagum dengannya..semoga sama-sama kita dapat ambik iktibar...=/

Seruan kanak-kanak Palestin

salam ukhwah..
salm juang.....

Teringat ana akan kata-kata seorang penceramah semasa forum mengenai isu Palestin suatu ketika dahulu di masjid Darul Quran....kata beliau... bahawa berkata anak-anak Palestin kepada kita semua
"Berjuanglah kalian dengan buku dan ilmu, kerana sesungguhnya kami di sini berjuang dengan darah,batu dan peluru. Ingatlah bahawa suatu masa nanti kami akan menuntut hak-hak kami dari kalian."

Setelah mendengar kata-kata semangat tersebut, hatiku terus dipagut rasa ingin bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.
Seolah-olah di waktu itu juga aku ingin menuntut segala ilmu yang ada..
Seruan yang lahir daripada kanak-kanak Palestin tersebut begitu meruntun hatiku..

Semoga semangatku sentiasa berkobar-kobar menuntut ilmu...kerana ianya adalah satu JIHAD!!

Buat adik-beradikku dan sahabat-sahabat yang sedang berjuang di kampus asasi UIA, semoga perjuangan kita semua dinilai oleh Allah dan diberi ganjaran olehnya...insyaAllah.

Wednesday, June 3, 2009

berjinak-jinak

kadang-kadang rasa geli hati pn ada..
almaklumlah baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog..=)
alhamdulillah Allah memberi kesempatan untukku berhadapan juga dengan komputer ni buat seminit dua..

semoga ianya memberi manfaat untuk kita bersama...
insyaAllah :)

maaf kepada semua yang mengenali

salam kemaafan ku titpkan buat adik beradik seperjunganku..
especially kepada adikberadik usrahku,adik husna..
maaf atas keterlewatan menghantar berita..
mungkin ada x dapat menerima keputusan yang telah dibuat,tetapi ketahuilah ini bukanlah satu keputusan yang mudah...
masa satu hari untuk membuat keputusan..
exam...sakit...dur..n menyelesaikan tugasan yang tak pernah selesai..
apepn,kita merancang..Allah juga merancang...
dan Sesungguhnya ALLAH itu maha merancang...
yakinlah dengan Allah!!
doakan ana
doakan ana
doakan ana...

dalam dilema

tidak kusangka begitu pantas keputusan yang harus kubuat..
dan ia hampir menentukan keseluruhan perjalanan pengajianku...
tetapi insyaalla aku redha dengan keputusan yang telah dibuat sementelah lagi segala persiapan telah dibuat..
doakan ana moga terus thabat di dalam perjuangan yang tercinta ini....